Tuesday, April 24, 2012

Menepis Penolakan Mantap 123

Menepis Penolakan Mantap 123

Penolakan :
Akak setuju sangat program ni bagus untuk anak-anak akak tapi tu lah.... suami yang buat keputusan bab duit ni! Apa-apa akak kena bincang dengan suami dulu!

Menepis Penolakan Mantap :
Akak, saya memang setuju dengan apa yang akak cakap kerana syurga isteri kan kat bawah telapak kaki suami namun saya nak tanya akak, bab anak-anak belajar... akak ke atau suami yang banyak memantau pembelajaran anak-anak akak? kak, saya pasti akaklah yang lebih banyak membantu anak-anak akak untuk berjaya demi masa depan mereka.

Begini kak, saya bukan nak ajar akak derhaka pada suami namun saya nak ajar akak bagaimana Score A program ini amat membantu mengurangkan bebanan akak dari menanda buku latih tubi cara tradisional tu. Saya mohon sangat jika akak tak boleh nak terangkan pada suami, boleh tak jumpakan dengan saya kerana penerangan saya tak sama dengan penerangan akak, saya takut salah terang nanti dia jadi salah sangka.

Pada sayalah kak, seorang suami yg memahami wajib menghadiahkan program ni pada isteri tercinta untuk mengurangkan bebanan si isteri dan menghadiahkan program ni pada anak-anak agar anak-anak tidak jauh ketinggalan daripada pelajar-pelajar lain yg dah jauh ke depan.

Akak cuma minta suami datang ke preview kami atau jumpakan pada saya waktu preview agar suami nampak opis kami. Bila datang, akak cuma sokong aje... ckp aje...murahnya sebulan cuma RM41.50 aje utk semua subjek dan semua anak... banyak cakap murah...bagus...bagusnya...itu aje kerja akak. Fakta yg lain biar saya yg cakap..

InsyAllah kak, jika betul cara kita...pasti suami akak akan sayang dengan akak sebab anak-anak akak bakal straight A dan dpt nombor satu setiap peperiksaan. Amin

Wednesday, January 25, 2012

Menepis Penolakan Mantap 122

Penolakan :
"Boleh confirm ke guna Score A anak boleh dapat semua A!"

Menepis Penolakan :
Kalau you nak tahu ini buku testimoni pelajar yang dah guna program Score A malah ribuan pelajar dah straight A yang penting pelajar tu guna program ni sekurang-kurangnya 2 jam sehari.

Kalau anak kita ke sekolah dapat nombor last, kita boleh tak marah cikgu kenapa anak kita dapat nombor last?

Kalau you hantar anak ke pusat tuisyen tapi tetap tak boleh dapat A, boleh ke you marah cikgu tuisyen tu ? paling tidak pun you tukar anak ke pusat tuisyen lain.

Pada saya di sini, pemantauan pengunaan program ini memang amat berkesan kerana adanya ereport kad dan sms.

Menepis Penolakan Mantap 121

Penolakan :
"Kawan saya cakap anak dia guna Score A tak jadi apa pun!"


Menepis Penolakan:
Oh yea ke? Siapa kawan you tu? Boleh tak i dapatkan user id anak dia? Sebab hanya dari report kad anak dia saja kita boleh tahu sama ada anak dia guna atau tidak program ini.

Juga lagi satu, hanya dari ereport kad kawan you tu saja kita boleh tahu sama ada kawan you tu pantau anak atau tidak.

Takkanlah kawan you keluarkan fakta "anak dia guna Score A tak jadi apa pun"! You sanggup gadaikan masa depan anak-anak you. Anak kawan you dengan anak you ... mana sama! I tahu anak you lagi rajin!

Jika guna program ni, boleh dapat ereport kad setiap hari dan sms mengetahui perkembangan anak-anak, masa tu juga kita boleh tahu kelemahan anak-anak kita secara terperinci.

Menepis Penolakan Mantap 120

Penolakan :
"Saya ni tak pandai komputer! mcmana nak ajar anak-anak guna belajar pakai komputer?"

Menepis Penolakan:

Saya pun bukannya pandai sangat guna komputer tapi you jangan lupa yang anak-anak ada matapelajaran IT di sekolah, silap-silap anak-anak kita lebih terror guna komputer dari kita.

Kita tak pandai tak pa sebab bukan kita yang nak periksa, anak-anak yang nak periksa jadi biarlah mereka explore Score A ni.

Menepis Penolakan Mantap 119

Penolakan :
"Anak saya ni, penuh dgn aktiviti latih tubi di sekolah.... manalah ada masa nak buat Score A ni!"

Menepis Penolakan :
Ya betul apa yang you cakap. I dulu pun tengok sampai kesian tengok anak-anak dengan tak habis-habis buat latih tubi.

Cuma I nak tanya you, dengan apa yang anak you buat ni.... You puas hati tak dengan keputusan peperiksaan anak-anak you? Staright A ... A cukup-cukup makan ke atau A +?

Kalau A+ Alhamdulillah.... kalau you masih tak puas hati lagi, buat apa nak teruskan jadi baik you guna Score A program ni. Tak rugi mencuba untuk masa depan anak-anak.

Ramai orang cakap... kalau tak jadi macamana? apa kata kita tukar perkataan positif tu ... Kalau jadi macamana?. Saya pasti you juga sokong apa yang i cakapkan ni.

Menepis Penolakan Mantap 118

Penolakan :
"Saya lebih rela mengajar anak di sebelah saya & saya tak percaya program ini boleh membantu anak saya"

Menepis Penolakan:
Saya setuju apa yang you cakapkan! Dulu I pun sama fikir macam you tapi saya nak kongsikan sesuatu pada you.

La ni kita masih hidup, boleh lagi bantu anak belajar... esok lusa kita tak pasti, jadi siapa yang nak ajar anak kat sebelah?

Ni pengalaman saya 2 tahun lepas, kawan baik saya berfikir sama macam yang you fikir namun ajal dia sampai kena kanser usus 6 bulan yang lepas, jadi siapa yang ajar anak dia sekarang?

Sekurang-kurangnya jika you beli, jadi apa-apa pada kita anak kita boleh berdikari sendiri guna program ni malah silap2 bila anak you besar nanti cakap, Alhamdulillah ibu beli Score A sebelum menutup mata supaya mereka senang ulang kaji pelajaran guna sistem berkesan.

Menepis Penolakan Mantap 117

Penolakan :
"Saya tak percaya anak belajar sorang-sorang, saya lebih suka guru mengajar anak-anak saya"

Menepis Penolakan:
Saya paham apa yang you maksudkan. Alhamdulillah, you patut bersyukur sebab you mampu nak tanggung guru tuisyen datang ke rumah ajar anak you namun bagi orang-orang yang susah di luar sana, inilah kos yang paling rendah dan mampu mereka tanggung untuk semua subjek hanya RM66 sebulan.

Saya pasti you ramai kenalan dari mereka yang kurang berkemampuan untuk jimat guna program ni. Boleh tak beri saya 2 atau 3 contact list you untuk saya hubungi?. Saya pasti you ramai kenalan sebab you famous.

(Bila kawan yang dia kenalkan nak join, call balik dia... cakap orang tu nak join... jadi you kena join sebab i nak letak orang tu bawah you)