Wednesday, January 25, 2012

Menepis Penolakan Mantap 122

Penolakan :
"Boleh confirm ke guna Score A anak boleh dapat semua A!"

Menepis Penolakan :
Kalau you nak tahu ini buku testimoni pelajar yang dah guna program Score A malah ribuan pelajar dah straight A yang penting pelajar tu guna program ni sekurang-kurangnya 2 jam sehari.

Kalau anak kita ke sekolah dapat nombor last, kita boleh tak marah cikgu kenapa anak kita dapat nombor last?

Kalau you hantar anak ke pusat tuisyen tapi tetap tak boleh dapat A, boleh ke you marah cikgu tuisyen tu ? paling tidak pun you tukar anak ke pusat tuisyen lain.

Pada saya di sini, pemantauan pengunaan program ini memang amat berkesan kerana adanya ereport kad dan sms.

Menepis Penolakan Mantap 121

Penolakan :
"Kawan saya cakap anak dia guna Score A tak jadi apa pun!"


Menepis Penolakan:
Oh yea ke? Siapa kawan you tu? Boleh tak i dapatkan user id anak dia? Sebab hanya dari report kad anak dia saja kita boleh tahu sama ada anak dia guna atau tidak program ini.

Juga lagi satu, hanya dari ereport kad kawan you tu saja kita boleh tahu sama ada kawan you tu pantau anak atau tidak.

Takkanlah kawan you keluarkan fakta "anak dia guna Score A tak jadi apa pun"! You sanggup gadaikan masa depan anak-anak you. Anak kawan you dengan anak you ... mana sama! I tahu anak you lagi rajin!

Jika guna program ni, boleh dapat ereport kad setiap hari dan sms mengetahui perkembangan anak-anak, masa tu juga kita boleh tahu kelemahan anak-anak kita secara terperinci.

Menepis Penolakan Mantap 120

Penolakan :
"Saya ni tak pandai komputer! mcmana nak ajar anak-anak guna belajar pakai komputer?"

Menepis Penolakan:

Saya pun bukannya pandai sangat guna komputer tapi you jangan lupa yang anak-anak ada matapelajaran IT di sekolah, silap-silap anak-anak kita lebih terror guna komputer dari kita.

Kita tak pandai tak pa sebab bukan kita yang nak periksa, anak-anak yang nak periksa jadi biarlah mereka explore Score A ni.

Menepis Penolakan Mantap 119

Penolakan :
"Anak saya ni, penuh dgn aktiviti latih tubi di sekolah.... manalah ada masa nak buat Score A ni!"

Menepis Penolakan :
Ya betul apa yang you cakap. I dulu pun tengok sampai kesian tengok anak-anak dengan tak habis-habis buat latih tubi.

Cuma I nak tanya you, dengan apa yang anak you buat ni.... You puas hati tak dengan keputusan peperiksaan anak-anak you? Staright A ... A cukup-cukup makan ke atau A +?

Kalau A+ Alhamdulillah.... kalau you masih tak puas hati lagi, buat apa nak teruskan jadi baik you guna Score A program ni. Tak rugi mencuba untuk masa depan anak-anak.

Ramai orang cakap... kalau tak jadi macamana? apa kata kita tukar perkataan positif tu ... Kalau jadi macamana?. Saya pasti you juga sokong apa yang i cakapkan ni.

Menepis Penolakan Mantap 118

Penolakan :
"Saya lebih rela mengajar anak di sebelah saya & saya tak percaya program ini boleh membantu anak saya"

Menepis Penolakan:
Saya setuju apa yang you cakapkan! Dulu I pun sama fikir macam you tapi saya nak kongsikan sesuatu pada you.

La ni kita masih hidup, boleh lagi bantu anak belajar... esok lusa kita tak pasti, jadi siapa yang nak ajar anak kat sebelah?

Ni pengalaman saya 2 tahun lepas, kawan baik saya berfikir sama macam yang you fikir namun ajal dia sampai kena kanser usus 6 bulan yang lepas, jadi siapa yang ajar anak dia sekarang?

Sekurang-kurangnya jika you beli, jadi apa-apa pada kita anak kita boleh berdikari sendiri guna program ni malah silap2 bila anak you besar nanti cakap, Alhamdulillah ibu beli Score A sebelum menutup mata supaya mereka senang ulang kaji pelajaran guna sistem berkesan.

Menepis Penolakan Mantap 117

Penolakan :
"Saya tak percaya anak belajar sorang-sorang, saya lebih suka guru mengajar anak-anak saya"

Menepis Penolakan:
Saya paham apa yang you maksudkan. Alhamdulillah, you patut bersyukur sebab you mampu nak tanggung guru tuisyen datang ke rumah ajar anak you namun bagi orang-orang yang susah di luar sana, inilah kos yang paling rendah dan mampu mereka tanggung untuk semua subjek hanya RM66 sebulan.

Saya pasti you ramai kenalan dari mereka yang kurang berkemampuan untuk jimat guna program ni. Boleh tak beri saya 2 atau 3 contact list you untuk saya hubungi?. Saya pasti you ramai kenalan sebab you famous.

(Bila kawan yang dia kenalkan nak join, call balik dia... cakap orang tu nak join... jadi you kena join sebab i nak letak orang tu bawah you)

Menepis Penolakan Mantap 116

Penolakan :
"Mahalnya program awak ni! RM796" Tuisyen tempat lain jauh lagi murah bulanan."

Menepis Penolakan:
Jika you tengok dari total amount RM796 memang you rasa mahal sangat tetapi saya nak pecahkan :-

RM796 Bahagikan kepada 12 bulan jatuh pada hanya RM66 sahaja sebulan untuk semua subjek malah untuk 2 orang anak.

Ini bermakna RM33 sebulan jatuh untuk seorang anak.

Jika pusat tuisyen diluar sana RM66 adalah harga untuk 1 subjek, itu belum lagi kira duit minyak nak hantar anak pergi balik, masa, wang dan tenaga yang dikeluarkan jika di tukar kepada Ringgit lagilah boleh jadi berganda-ganda mahalnya tetapi tetap juga tiada sistem pemantauan kecemerlangan anak-anak.

Nak tahu pusat tuisyen tu bagus tak bagus, kena juga tunggu peperiksaan keluar... mmmmm nasi dah jadi bubur ... sayang masa depan anak-anak kerana ibubapa yang tak nak berubah sedangkan zaman dah berubah. Sedangkan sahabat nabi Omar ra berkata "Didiklah anak-anak mengikut zaman".

Menepis Penolakan Mantap 115

Penolakan :
"Saya minat program awak ni tapi saya kena tanya anak dulu, kang saya beli dia tak nak buat... membazir aje macamana?"

Menepis Penolakan:
Ya betullah you cakap, kalau dia tak minat mmg membazirkan? namun sebelum tu saya nak minta maaf dahulu, sebenarnya yang nampak masa depan anak-anak 10 tahun akan datang, ibubapa atau anak-anak?

Kan ibubapa yang nampak masa depan anak-anak, anak-anak ni memang tak nampak lagi malah kalau kita tak beri atau beli apa-apa pun bahan pembelajaran lagilah diaorang suka.

Kalau nak cakap pasal minat atau tidak, baiklah you tanya masa anak you darjah 1 lagi, "Nak, minat tak pergi sekolah?" habis kalau diaorg cakap tak minat, you tak hantarlah pergi sekolah?.

I harap sangat pada ibubapa, tentang pembelajaran jangan beri muka atau kompromi dengan anak-anak, sayang anak memang kena tangan-tangan kan! Jangan dah besar nanti, mereka yang salahkan kita sebab tak bertegas dengan mereka.

Menepis Penolakan Mantap 114

Penolakan :
"Saya tak ada kawan"

Menepis Penolakan:
Bila you duduk dan fikir serta renung betul-betul, saya rasa you ada ramai kawan, cuma mungkin you jarang-jarang hubungi mereka.

Sebenarnya semua orang ada kawan. Bila you join bisnes ni, you akan rasa seronok untuk hubungi mereka dan memberitahu mereka apa yang sedang you buat dan you juga akan dapat kawan-kawan baru.

Setiap hari you keluar pergi pasar, tak salah you bersapa dengan ibubapa yang bawa anak-anak mereka berjalan terutama sekali di Mcdonald ketika hari minggu sarapan pagi, banyak kenalan baru kita akan jumpa cumanya... mulut kita ni, nak buka atau tutup.

Kalau rasa malu sangat, beri aje flyers dan name card.

Menepis Penolakan Mantap 113

Penolakan :
"Masalah untuk terkejar-kejar"

Menepis Penolakan:
You mungkin susah untuk satu dua tahun aje, bila bisnes you dah stabil dan network dah besar, kerja you semakin berkurangan. Apa salahnya dalam usia muda ni you kerja kuat sikit supaya masa tua you dah boleh relex. You tak sedih ke bila lihat ramai yang dah pencen masih lagi kena kuat bekerja untuk sara keluarga?

Menepis Penolakan Mantap 112

Penolakan :
"Saya tiada pelajaran yang tinggi"

Menepis Penolakan:
Pada saya samalah juga dengan orang yang merunggut, "saya tak ada kenderaan". Beberapa bulan selepas itu dia beli kereta.

Pelajaran bukanlah masalah utama untuk you berjaya sebab ramai diantara kita yang tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Apa yang paling penting ialah datang belajar, pergi kursus dan latihan. Jika you buat ikut sistgem, saya yakin you boleh buat bisnes ni.

Menepis Penolakan Mantap 111

Penolakan :
"Saya nak buat, tapi bukan sekarang"

Menepis Penolakan:
Jika you masih nak tunggu masa yang tepat, sebenarnya you sedang buang masa, sebab peluang yang baik patut direbut dan bertindak untuk melakukannya.

Jika you tak ambil peluang ni sekarang, setahun kemudian bila ada orang datang ajak you, pasti you akan cakap "Kalaulah aku join tahun lepas, pasti aku dah berjaya macam engkau"... walaupun masih belum terlambat tetapi hot market you ramai yang orang lain dah ambik dan jadi rangkaian orang lain.

Menepis Penolakan Mantap 110

Penolakan :
"Saya fikir dulu"

Menepis Penolakan:
Orang-orang yang berjaya adalah mereka yang berani dan bijak buat keputusan. Sedang kita masih terfikir-fikir mereka sudah rebut dan buat keputusan. Ini adalah peluang yang hebat! Sudah tentu you boleh tunggu dan fikir untuk selama 6 bulan lagi atau setahun lagi, itu hak you. Tidak mustahir bila you buat keputusan untuk memulakan bisnes ini kawan you cakap "Kenapa lambat sangat, aku baru jek join bisnes ni"

Berdasarkan pengalaman saya, jika you tidak boleh buat keputusan sekarang, untuk 6 bulan atau setahun daripada sekarang you tetap sama, you masih tidak boleh buat keputusan walaupun untuk bisnes yang memerlukan modal yang kecil dan apatah lagi untuk you buat pelaburan demi masa depan. Pada saya, you patut buat dan bertindak sekarang.

Menepis Penolakan Mantap 109

Penolakan :
"Ramai kawan-kawan saya buat bisnes macam ni!"

Menepis Penolakan:
Bisnes yang mudah ramai yang tertarik, tetapi berapa ramai yang serius dan benar-benar terlatih? You mungkin agak sahaja ramai kawan-kawan you yang buat, tapi tak sampai 10 orang yang you boleh namakan.

Angka ini terlalu kecil, you boleh jumpa oran glain yang you tak kenal yang sedang mencari-cari pelaung. Jika kawan you dah berjaya, kenapa tak ikut mereka? Kebanyakkan orang tidak mampu untuk memperlihatkan potensi bisnes ini. Memandangkan saya ada di sini bersama you, you boleh jadikan pertemuan ini sebagai pengalaman pertama you mengetahui bisnes ini dengan lebih mendalam. Sama ada you join atau tidak, itu keputusan you.

Menepis Penolakan Mantap 108

Penolakan :
"Bisnes ni bukan milik saya"

Menepis Penolakan:
Kita tak boleh kata sama ada bisnes ni sesuai atau tidak. Saya rasa kita kena bagi diri kita peluang untuk mencuba asalkan ianya sah dari segi undang-undang dan menjanjikan pulangan yang lumayan.

Memandangkan ramai yang telah berjaya dalam bisnes ni, mengapa kita tidak mahu mencuba? bisnes ini bukan sekadar melakukan jualan, selagi you ikut cara dan jalan yang betul, saya pasti you akan berjaya. Hanya ikut sistem sahaja semua orang pasti berjaya. insyAllah

Menepis Penolakan Mantap 107

Penolakan :
"Saya tak suka jual barang"

Menepis Penolakan:
Saya rasa you suka berkongsi cerita tentang pakaian yang you beli dan sudah tentu you akan promosikan nama kedai atau komplek beli belah yang you selalu pergi.

Jadi kenapa you tak mahu berkongsi dengan kawan-kawan you tentang kebaikan produk syarikat? Jika you fikir kena ketuk pintu rumah orang untuk jual barang, you salah! You hanya perlu kongsi pengalaman menggunakan produk dan selepas itu biar mereka yang buat pilihan samada nak mencuba atau tidak.

Tuesday, January 24, 2012

Menepis Penolakan Mantap 106

Penolakan :
"Dah ramai yang buat"

Menepis Penolakan:
Berapa ramai yang you boleh senaraikan? Saya yakin tak sampai 10 yang boleh you senaraikan. Cuba you kira berapa ramai kawan you, berapa ramai jiran-jiran you dan berapa ramai saudara-mara you? 50?

Bermakna you perlu jumpa 50 lagi untuk perkenalkan bisnes ni. You akan rasa mudah untuk jumpa orang bila you dah join bisnes ni. Adalah salah sama sekali bila you kata dah ramai yang buat bisnes ini sedangkan you baru jumpa beberapa orang yang buat.

Jawapan B
Ramai orang bergantung kepada nasib dalam setiap bisnes yang mereka buat. Walaubagaimanapun, berapa ramai yang betul-betul kerja kuat dan bersungguh-sungguh disamping bergantung pada nasib? Sebab itu hanya sebahagian kecil sahaja networker yang berjaya dengan cemerlang.

Menepis Penolakan Mantap 105

Penolakan :
"Saya sibuk"

Menepis Penolakan :
Saya memang suka mencari orang yang sibuk untuk buat bisnes ini sebab orang yang sibuk ni rajin. You tahu tak dengan memberikan sedikit ruang kepada diri you untuk buat bisnes ini you tidak akan lagi sibuk untuk selamanya. Bukti terlalu banyak jika you bersama dlm bisnes ni.

Ramai orang terlalu sibuk memikirkan kerja-kerja yang tak pernah habisnya di tempat kerja tetapi pernah tak kita terfikir jika kita tiada lagi esok, CEO syarikat yang tempat kita bekerja menangis berbulan-bulan atas kematian kita? mana ada! malah dengan secepat kilat pasti ada pengganti yang baru menggantikan tempat kita jadi apa yang kita sibukkan jika gaji kita tidak boleh diwarisi oleh orang yang kita sayang.

Dalam bisnes ni... ADA. Jika kita sudah tiada lagi dan rangkaian sudah berkembang, inilah yang akan kita tinggalkan pada orang yang kita sayang.

Menepis Penolakan Mantap 104

Penolakan :
"Saya tiada masa"

Menepis Penolakan:
Jawapan A :-
Semua orang ada masa, cuma bagaimana cara mereka gunakan masa. Jika anda faham bisnes ini, anda akan kata saya memang punya banyak masa. Ramai orang membenarkan masa menguasai mereka, sepatutnya mereka yang kuasai masa.

Jawapan B :-
Adakah you habiskan masa you mencari duit dalam bisnes-bisnes lain? Jika jawapannya TIDAK, inilah masanya you gunakan sedikit masa you untuk buat duit yang banyak. You hanya perlu menghabiskan selama satu atau dua jam sehari untuk buat dah lihat potensi bisnes ini.

Meskipun jawapan you YA, apakah ianya berbaloi denganmodal dan usaha you? Bila agaknya you boleh menukar hidup you yang sibuk dengan kehidupan yang tenang dan bahagia?
Dan paling menakutkan ialah, apakah you mampu meneruksna pekerjaan atau bisnes you jika terjadi sesuatu yang tidak diingini untuk tempoh masa yang agak lama, mungkin setahun atau mungkin 3 tahun untuk kembali sembuh?

Sepatutnya lagi sibuk kita, lagi cepat kita kena buat perubahan. Dengan bisnes ni, you boleh buat duit banyak dengak tidak menuntut you guna masa yang banyak secara tidaklangsung you akan ada banyak masa dengan anak-anak dan isteri serta ahli keluarga you.

Jawapan C
Semua orang diberikan jumlah masa yang sama iaitu 24 jam sehari semalam. Ramai juga yang berjaya dengan cemerlang dalam bisnes yang mereka jalankan.

Kenapa? kerana mereka tahu menggunakan masa dan mereka tahu yang mana satu perkara penting yang mesti mereka utamakan. BISNES ini adalah PENTING.

You hanya perlu korbankan sedikit daripada masa peribadi you dan kerja kuat dan bersungguh-sungguh selama satu hingga 2 tahun. Kemudian selepas itu you ada cukup masa untuk lakukan apa yang you suka.

Menepis Penolakan Mantap 103

Penolakan :
"Saya rasa saya tak bersedia untuk buat bisnes ni sekarang"

Menepis Penolakan:
Pada saya semua orang termasuk ahli perniagaan yang sudah berjaya akan cuba untuk kurangkan risiko dan buat lebih keuntungan. Bisnes e-networking adalah bisnes yang dikawal oleh diri kita sendiri. Cuba you ceritakan perbezaan keadaan antara sekarang dan empat tahun lalu, apa pula yang akan berlaku 4 tahun yang akan datang?

Sebenarnya kita telah membazir terlalu banyak masa 4 tahun lalu dalam kehidupan kita, jadi kenapa kita tidak membuat satu perubahan pada hari ini dan kita sama-sama lihat perubahan itu pada masa hadapan.

Bukankah kita yang buat keputusan sama ada untuk terus hidup susah atau hidup senang? Jom kita sama-sama, saya akan bantu dan sokong serta ajar you bagaimana buat bisnes ni.

Yang penting you sambut atau tidak bantuan dari saya adalah punca kejayaan you... JUST ICU Ikut Cakap UPLINE...Ikut CARA upline...

Menepis Penolakan Mantap 102

Penolakan :
"Hanya segelintir saja yang boleh berjaya"

Menepis Penolakan:
Saya juga berfikiran sama macam you masa mula-mula buat bisnes ni. Saya nak tanya you, berapa ramai pekerja dan ahli perniagaan yang berjaya? Apa yang saya cakap ni bukan berkaitan dengan networking. Apa sebenarnya ukuran kejayaan? Apakah seseorang pekerja itu diukur kejayaannya bila setelah dia dinaikkan pangkat pengurus?

Apakah pekerja yang bekerja keras 30 tahun hingga 40 tahun dan kemudian hanya naik pangkat sebagai penolong pengurus tidak boleh dikatakan sudah berjaya? Samalah macam bisnes ni, ada yang berjaya ada yang tidak berjaya, tetapi bila berlaku perubahan positif dalam kehidupan, itu sebenarnya adalah kejayaaan.

Dengan sistem training dan ikut sistem yang syarikat saya perkenalkan serta dengan sokongan rakan-rakan niaga yang sama-sama buat bisnes nni, saya rasa peratusan dan potensi untuk you berjaya adalah tinggi. Jom lah kita buat sama-sama.

Menepis Penolakan Mantap 101

Penolakan :
"Saya memang ada pengalaman dalam bisnes MLM, downline saya pun ramai, kalau saya join bisnes you, company boleh bagi oksigen (duit) tak untuk mulakan kerja?"

Menepis Penolakan:
Macam ni lah, oksigen-oksigen ni orang dah tak main. 5 tahun atau 10 tahun dulu mungkin bolehlah, tapi sekarang minta maaf, orang tak pandang kehebatan masa lampau, orang lihat kehebatan masa sekarang. Kalau downline you ramai, kenapa nak join bisnes saya? You fokus aje lah dengan bisnes you, buat apa nak lompat-lompat?

Bila downline you dah ramai, tentu you dah dapat duit banyak, takkan you masih nak minta oksigen, nanati kalau orang tahu orang akan kata you leader yang no class. Saya senang aje, kalau you ingat bisnes saya ni bagus dan you nak join, you join je lah dan buat betul-betul dan kita buat sama-sama, jangan minta-minta oksigen, kalau you nak juga oksigen, tak payah join dan you carilah syarikat lain.

Saya sendiri guna modal sendiri dan kederat sendiri hingga ke tahap ini. Alhamdulillah

Menepis Penolakan Mantap 100

Penolakan :
"Saya tengok masih ramai lagi yang terkial-kial nak berjaya dlm bisnes ni"

Menepis Penolakan:
Itu you tengok yang terkial-kial, kenapa you tak tengok yang laju macam lipas kudung? Jika you join sekarang dan ikut kami ke seminar-seminar yang syarikat adakan, you pasti terkejut sebab sudah ada yang jadi Jutawan dalam tempoh hanya 7 bulan sahaja.

Inilah kesilapan kita, kita selalu tengok kepada perkara yang negatif sahaja. Bila kita asyik macam tu, sampai bila pun kita tidak akan mampu untuk mengubah hidup kita.

Pada saya yang terkial-kial tu sebab mereka baru sangat dan tidak ada pengalaman dalam bisnes ni atau jika dah lama dalam bisnes ni, mereka buat tak sungguh-sungguh, kejap panas kejap sejuk ataupun buat 1 hari tidur 1 minggu, sebab itu mereka masih terkial-kial.

Bisnes ni bisnes kita sendiri, jika kita kena usahakan bersungguh-sungguh, ikut sistem dan mesti rajin cari ilmu barulah kita boleh berjaya. Bila berjaya bukan orang lain yang untung, diri kita juga yang untung.

Menepis Penolakan Mantap 99

Penolakan :
"You cakap bisnes you berkaitan dengan internet, tapi you tahu ke tidak berapa ramai rakyat Malaysia yang celik IT?"

Menepis Penolakan :
Saya tahu tak ramai rakyat Malaysia yang celik IT walaupun kerajaan dah habis berbillion ringgit untuk menyedarkan rakyat tentang pentingnya IT. Pada saya, bila dah terpaksa mahu tak mahu mereka mesti belajar, kalau mereka masih tiada rasa terpaksa memang mereka buat endah tak endah.

Tapi kini saya betul-betul nampak kerajaan kita kali ni betul-betul hendak berubah di mana dah ramai pelajar dapat mini laptop percuma. Inilah peluang besar kita dimana tiada perisian yang diberikan, pelajar guna komputer tu hanya untuk bermain game, facebook, download lagu dan macam-macam lagi dan pasti ibu bapa di luar sana sedang bimbang dan pening kepala.

Bagi penyelesaian, kitalah PROBLEM SOLVER dimana program ini akan menyeimbangkan pengunaan internet anak-anak mereka. Kitalah akan membantu anak-anak mereka cara pengunaan internet dengan betul dan jika bukan kita, siapa lagi? kita kena bantu anak-anak bangsa menggunakan internet dengan berhemah.

Menepis Penolakan Mantap 98

Penolakan :
"Dulu saya memang minat gila dengan bisnes MLM , tapi bila dengar macam-macam cerita saya jadi takut, walaupun saya tahu ramai yang dah berjaya"

Menepis Penolakan:
You pun tahu ramai yang dah berjaya dalam bisnes Networking ni, jadi kenapa you nak takut? Yang you pergi dengar cerita-cerita negatif tu sapa suruh. You pun kata yang you dulu minat gila, alhamdulillah you masih siuman dan tak gila.

Kita ni selalu sangat suka dengar cakap-cakap orang, kalau mereka cakap perkara-perkara positif tentang bisnes Networking takpelah kalau you nak dengar, ini you pergi dengar cakap-cakap negatif. Kita ni, kalau positif gila sekalipun tentang bisnes Networking, tapi kalau selalu sangat bercampur atau suka ambil tahu cerita-cerita negatif, kita yang positifpun akhirnya akan menjadi negatif.

Saya rasa you dah cukup dewasa dan matang untuk membuat penilaian terhadap bisnes Networking ni. Jom join saya dan kita buat sama-sama dan buktikan kepada kawan-kawan kita yang masih negatif bahawa lagi lama mereka negatif lagi banyak yang mereka kerugian.

Menepis Penolakan Mantap 97

Penolakan :
"Apa istimewa produk syarikat you dengan produk syarikat MLM lain? Saya tengok sama aje!"

Menepis Penolakan:
Hish you, mana ada sama. Cuba you study sejarah Networking di Malaysia ni. Inilah TSUNAMI MLM di mana dalah sejarah Networking di Malaysia selama 40 tahun, mana ada Syarikat yang jual produk PENDIDIKAN?

Hampir 700 buat syarikat yang berdaftar di KPDNKK adalah produk-produk kecantikan, kesihatan, penjagaan rumah dan kereta. Jika 700 buat syarikat yang bersaing hebat dah lahirkan hampir 5000 orang Jutawan inikan pula Produk yang tiada saingan ni... baru saja 3 tahun dah lahirkan hampir 40 orang Jutawan.

Sudah-sudahlah kita banyak kali dah ketinggalan , saya dah serik ketinggalan menjadi orang pertama menyertainya.... walaupun saya baru menyertai tapi saya percaya pada produk Pendidikan yang tiada saingan kerana produk pendidikan bukan produk bermusim.

Menepis Penolakan Mantap 96

Penolakan :
"Apa istimewa pelan hybrid you dengan pelan-pelan syarikat MLM lain, saya rasa sama je dengan yang lain-lain"

Menepis Penolakan:
Sebelum saya nak jawab soalan you, saya nak tanya "you tahu ke Pelan Hybrid tu macam mana?" (dengar dulu penjelasan prospek dengan teliti, jika penjelasannya salah, inilah masanya untuk kita sekolahkan dia)

Mana you nak, buat satu kerja dapat satu gaji atau buat satu kerja dapat dua gaji? Kebanyakkan syarikat MLM bila you buat satu kerja you dapat satu gaji (bonus) iaitu sebulan sekali, itupun kadang-kadang kena tunggu sampai hari ke 45.

Dalam Pelan Hybrid syarikat kami, you buat satu kerja, gaji di kira hari-hari dan di bayar 4kali sebulan iaitu setiap 4hb, 11hb, 18hb dan 25hb malah ada bonus Leadership setiap 18hb. Jadi macam mana you kata sama je dengan pelan-pelan syarikat MLM lain?

Malah ramai taiko-taiko MLM di luar sana terperanjat tengok Plan Marketing syarikat kami dimana walaupun hanya 1 kaki aje jalan akan dibayar 5% untuk 4 level ke bawah memang tak jumpa ah kat luar sana.

Inikan bisnes, bila kita buat bisnes, kita mesti cari yang terbaik bagi diri kita dan setimpal dengan tenaga dan usaha kita, betul ke benar? Dalam bisnes semua orang cari duit dan kalau boleh dapat duit banyak dengan usaha yang sedikit. Mana seronok, kerja banyak duit banyak atau kerja sedikit duit banyak? Kalau orang bisnes, tentulah kerja sedikit duit banyak, betulkan? Itulah keistimewaan Pelan Hybrid yang syarikat saya perkenalkan.

Menepis Penolakan Mantap 95

Penolakan :
"You tunjukkan statement bonus orang, yang you punya sendiri mana?"

Menepis Penolakan:
Secara jujur dan ikhlas, saya masih baru dalam bisnes ni, sebab itu saya tunjuk statement bonus orang lain. Saya tak nak tipu you, pada saya buat bisnes ni kena jujur baru orang yakin dan percaya pada kita. Kalau mula-mula dah tipu, macam mana orang nak yakin dan percaya pada kita.

Biarlah orang tak join saya kerana saya tak dapat buktikan lagi kejayaan saya sendiri, tetapi saya yakin satu hari saya juga mampu untuk tunjukkan statement bonus saya sendiri. Kalau boleh saya mahu you menjadi orang pertama yang melihat statement bonus saya.

Saya hairan kenapa orang melihat apa yang ada pada kita, kenapa mereka tidak melihat kepada peluang yang kita ada? Sampai sekarang saya masih mencari jawapan tapi tak jumpa lagi, you tahu tak jawapannya, kalau you taho boleh tak you kongsi dengan saya?
(Ini namanya provokasi untuk kita hentam dia lagi - Ingat! jangan biarkan prospek pulang dengan kemenangan...Kita yang kena Menang)

Monday, January 23, 2012

Menepis Penolakan Mantap 94

Penolakan :
"You cakap senanglah, you dah berjaya, dah ada bukti, duit you pun dah banyak, saya ni apa pun tak ada siapa nak percaya"

Menepis Penolakan:
You lihat apa yang saya ada sekarang, tapi you tak pernah tahu apa yang saya lalui sebelum saya dapat semua ni. You tahu ke susah senang saya? You ingat masa saya mula-mula join bisnes ni, saya ada ke semua ni? Saya ada bukti ke nak tunjuk kat semua orang? Saya mulakan bisnes ini daripada kosong, daripada saya tak tahu apa-apa tentang bisnes ni, tapi saya yakin saya boleh buat dan saya boleh pergi jauh dengan bisnes ni.

Saya tunjuk statement bonus orang-orang yg dah berjaya untuk yakinkan orang, saya beli majalah dan tunjukkan kat orang tentang syarikat serta merke-mereka yang telah berjaya, saya beli flyers dan edarkan, saya buat table talk walaupun tak reti, hingga ada yang kata, engkau ni buat table talk ke atau talk to the table! Saya tak kisah apa orang nak cakap, tapi saya belajar perbaiki kelemahan saya sebab saya tahu kekurangan dan kelemahan saya, sampai sekarang saya masih belajar.

Kalau you join sekarang, you untung sebab you boleh jadikan saya contoh dan saya akan tolong you untuk sama-sama berjaya dalam bisnes ni, jangan rasa rendah diri sebab you belum tahu siapa you sebenarnya dan mungkin bila you join you lebih hebat daripada saya.

Satu je saya nak dengar dari mulut you sekarang, nak join ke tak nak? kalau nak join bayar sekarang dan kita terus atur langkah strategi selesaikan Langkah 1 dan Langkah 2 = 4 orang dalam masa 2 minggu you balik modal tapi kalau you masih nak fikir lagi, baik tak payah join sebab saya tak nak buat masa you dan masa saya, Masa bagi saya amat berharga sebab ramai lagi orang yang saya nak jumpa dan bantu. Mereka commit dgn saya, saya akan commit dengan mereka.

Menepis Penolakan Mantap 93

Penolakan :
"You ingat keluar 796, 2,488 & 6,888 ribu tu sikit ke, buatnya tak jadi macam mana?"

Menepis Penolakan:
Itu you fikir tak jadi, kalau jadi macam mana? You belum cuba you dah mengalah, kalau macam ni, apapun peluang yg datang you akan tolak sebab awal-awal you dah fikir tak jadi. Memanglah harga tu bukan sikit, tapi kalau ada peluang yang boleh mengandakan duit kita, kenapa tak mahu cuba. kalau rugi pun baru bawah 10 ribu... dgn harga macam tu boleh jatuh miskin ke?

Pada saya lah, kalau jadi Alhamdulillah namun kalau sebaliknya tetap you tak rugi sebab boleh simpan untuk anak you belajar malah kalau you nak menderma pada anak-anak yatim pun lagilah Alhamdulillah.

Ini bisnes, bila bisnes kita kena faham dan kena buat betul-betul dan bukan main suka-suka. Saya pun tak nak kalau you join untuk sekadar suka-suka. Saya lihat, ramai yang berjaya dalam bisnes ini sebab mereka berani dan rajin belajar serta buat dengan sungguh-sungguh. Mereka tak main-main.

Sebab itu saya kata, kalau kita serius dalam bisnes ni, istilah gagal atau istilah tak jadi, memang tak ada, yang ada cuma istilah berjaya - berjaya. Nak kaya kena berani, nak jadi Jutawan kena berani dan nak miskin pun kena beranik, berani untuk menolak peluang.

Pilihan ditangan kita sendiri, kita yang pilih sama ada untuk menerima atau menolak peluang yang datang. Kita juga yang pilih sama ada untuk tgerus hidup susah yang singkat atau hidup susah yang berpanjangan.

Menepis Penolakan Mantap 92

Penolakan :
"Duit saya tak ada masalah, kalau setakat 3 ribu tu, insyAllah saya ada, tapi saya tak yakin pada diri saya untuk buat bisnes ni

Menepis Penolakan:
Kenapa you tak yakin pada diri you sendiri, you dah cuba ke buat bisnes ni? Pada saya you untung sebab duit bukan masalah bagi you, ada setengah-setengah orang tu ada keyakinan tapi tak ada duit nak join bisnes ni, ada yang sampai gadai-gadai barang isteri dan ada juga yang pinjam duit adik beradik dan kawan-kawan, pinjam bank pun ada.

Saya rasa you tak yakin sebab you tak tahu dan tak ada ilmu untuk buat bisnes ni. Saya berani jamin kat you, bila you dah join dan tak malu nak belajar, keyakinan yang you risaukan tu akan bertukar menjadi keyakinan yan mantap untuk you buat betul-betul. Saya juga akan ajar you macam mana nak buat bisnes ni, you tak perlu risau. Keyakinan akan menjadi mantaps etelah kita melalui proses tindakan dan pengalaman.

Jangan takut pada baying-bayang sendiri, saya yakin you boleh buat bisnes ni. Jom join saya sekarang dan kita buat bersama. Nah boring, you isi dan jangan fikir-fikir lagi, selagi you fikir perkara-perkara negative, selagi itulah you tak mampu untuk menjadi orang yang positif dan yakin pada diri sendiri.

Menepis Penolakan Mantap 91

Penolakan :
"Nak pergi meeting saya sibuk dgn kerja, nak jual barang saya malu nak cakap dengan orang saya ni penakut, dalam bisnes ni semua tu saya kena buat kalau saya nak berjaya, tapi itulah masalah saya"

Menepis Penolakan:
Kalau macam tu you tak payah joinlah bisnes ni, saya pun tak nak buat diri saya susah bila you join, nanti semua saya kena buat untuk you, bila gagal you akan salahkan saya. Takpelah you simpan jelah duit you.
Saya hanya nak cari orang yang betul-betul tak sibuk dengan kerja dan boleh pergi meeting seminggu sekali, saya nak cari orang yang takk malu nak jual barang walaupun sebenarnya cukup jual kepada diri sendiri dans aya nak cari orang yang tak takut nak bercakap dengan orang dan saya lebih kagum dengan orang yang bisu kerana walaupun mereka tahu mereka serba kekurangan tapi masih berani untuk cuba bercakap dengan orang lain.

Kalau you dah tak sibuk dengan ekrja, you dah tak malu nak jual barang dan you dah tak takut untuk bercakap dengan orang, baru you call saya ok.

Jangan biarkan prospek pulang dengan kemenangan!

Menepis Penolakan Mantap 90

Penolakan :
"Dekat tempat kerja saya dah macam-macam syarikat MLM orang buat, susah saya nak perkenalkan bisnes you ni jika saya join"

Menepis Penolakan:
You dah cuba ke? Kalau you belum cuba macam mana you boleh cakap macam tu? Lagi banyak syarikat MLM kat tempat you lagi bagus, sebab ramai kawan-kawan you tahu tentang bisnes MLM ni dan you tak perlu susah-susah nak terangkan apa itu MLM?

Cuma you kena tahu tentang bisnes yang saya nak perkenalkan kepada you ni. Saya yakin you boleh pukul habis MLM yang lain.Bisnes saya ni terlalu banyak kelebihan dan kekuatan biak dari segi produk atau Pelan pemasarannya.

Bukti dah banyak, apa yang you nak risau. You cakap je kat kawan-kawan you tentgang bisnes ni – habis cerita. Saya yakin aka nada dikalangan mereka yang berminat nak join you. Jangan mengalah selagi you belum mencuba dan bisnes ni bukan terhad di tempat kerja you sahaja malahan you boleh perkenalkan pada orang yang bukan di tempat kerja you.

Dah, jom join bisnes saya sekarang dan kita perkenalkan sama-sama pada kawan-kawan ditempat kerja you. You tak pandai terang biar saya yang terangkan, tapi you mesti join dulu bisnes ni.

Menepis Penolakan Mantap 89

Penolakan :
"Saya ni sibuk dengan kerja dan juga kerja-kerja persatuan, mana boleh saya buat bisnes ni"

Menepis Penolakan:
Mungkin you anggap sibuk tu satu masalah pada you, tetapi pada saya itu satu peluang dan peluang itu saya tak ada, you je yang ada, tapi saya bolehlah tumpang-tumpang sekaki.

Bisnes ni you boleh juga perkenalkan kepada persatuan dan ahli-ahli persatuan you. Antara objektif persatuan ialah untuk membantu ahli selain daripada untuk mengadakan aktiviti untuk ahli-ahlinya dan ini semua perlukan kos (duit). Melalui bisnes ni, persatuan boleh jadikan ianya satu sumber untuk dapatkan modal (duit) untuk gerakkan apa sahja bentuk aktiviti.

Saya rasa mungkin dah ada ahli-ahli dalam persatu you yang join bisnes ni, Cuma you tak tahu. Bukankah lebih baik, kalau persatuan you join bisnes ni dan sudah tentu ahli-ahli yang berminat akan join bawah persatuan dan tarik orang luar untuk join bisnes ni, dapat juga persatuan duit.

Kalau persatuan tak join bisnes ni, mungkin orang luar tarik ahli-ahli you untuk join bisnes ni – siapa rugi?

Senang je, you aturkan ahli-ahli persatuan you dan saya akan datang beri taklimat dan terangkan tentang bisnes ni pada mereka, tapi you kena join dulu dan bila persatuan you join, persatuan dah ahli-ahli persatuan you akan duduk bawah you. Kadang-kadang sibuk itu menguntungkan kalau kita tahu mengambil kesempatan dan merebut peluang hasil dari kesibukan kita.

Bukankah masalah telah bertukar menjadi peluang!
“Orang yang sibuk dan pandai membahagi masa adalah orangyang tahu menghargai kehidupan mereka di dunia ini”

Menepis Penolakan Mantap 88

Penolakan :
"Bisnes macam ni dah ramai orang kena tipu".

Menepis Penolakan:
Ini yang saya tak faham! Kenapa kita benarkan diri kita kena tipu? Penipu memang kerjanya menipu, yang kita benarkan buat apa. Sebab itu saya kata, kita yang salah bila kena tipu.

Saya tak akan tipu you, sebab saya akan bawa you lihat sendiri dengan mata kepala you kat mana pejabatnya, macam mana bisnesnya sampai you puas hati. Jangan buang masa lagi, jom ikut saya pergi HQ (centre) dan bila you yakin terus boleh daftar kat sana. Pakai kad kredit pun boleh. Tak lama, setengah jam pun dah ok.

Menepis Penolakan Mantap 87

Penolakan :
"Saya ni kerja tak tentu waktu, kerja pakai syif, bisnes macam ni susah saya nak buat".

Menepis Penolakan :
Tak susah, percayalah cakap saya! Sekarang ni tak macam dulu, pukul 9 malam je orang semua dah masuk tidur. Cuba you tengok hari ni, bersepah restoran 24 jam, kedaipun dah banyak buka 24 jam, kenapa? Sebab dunia ni dah hidp 24jam, ada orang tidur, ada yang belum tidur dan ada yang tak tidur-tidur.

Pada saya apa yang penting ialah you mesti tahu gunakan masa you dengan sebaik mungkin dan dengan berhemah itu sahaja. Kalau you tak kerja syif pun, tapi you tak pandai gunakan masa. Tak guna juga.
Sebab itu you kena menguasai masa dan bukan membenarkan masa menguasai you. Saya akan tolong you, bila you kerja malam dan ada prospek nak jumpa dan you tak boleh jumpa, biar saya yang jumpa bagi pihak you, kalau dia join saya letak bawah you – mudah ke senang?

Dah, jangan fikir pasal masalah kerja syif tu lagi, join saya sekarang dan kita buat sama-sama, berapa kedai IBC you nak? Nah ini boring you isi, lepas ni keluarkan duit kita pergi HQ (centre) untuk daftar dan you pun dah boleh perkenalkan bisnes ini kepada kawan-kawan you. You tak tahu terang biar saya yang terangkan.

Menepis Penolakan Mantap 86

Penolakan :
"Boleh ke bonus dibayar hari-hari, setahu saya syarikat MLM ni bayar sebulan sekali"

Menepis Penolakan :
Zamankan dah maju, teknologi pun dah advance, jadi tidak ada apa yang mustahil dalam dunia ni. Dulu segala urusan bank kena pergi bank, tapi hari ni, segala urusan boleh dibuat dari rumah. Samalah macam bisnes MLM ni, dulu nak sponsor orang pun susah, kalau kita duduk KL nak sponsor orn gkat Joor, kita kena pergi Johor, sekarang tak perlu buat macam tu, sebab kecanggihan teknologi maklumat IT telah mempermudahkan segala urusan kita.

Sebab itu bonus yang dahulunya hanya dibayar sebulan seklai (itupun selepas 45 hari) sudah boleh dibayar hari-hari kerana kecanggihan IT. Pada pendapat saya, syarikat MLM yang masih tidak menggunakan kemudahan IT patut menggunakannya, kalau tidak syarikat tersebut akan ketinggalan dan tidak dapat bersaing dengan syarikat-syarikat yang menggunakan kemudahan dan kecanggihan dunia IT. Bila masih tak gunakan IT, siapa yang rugi – ahli syarikat tersebut yang rugi. Betul ke benar cakap saya ni?

Syarikat saya sejak dari hari pertama sehinggalah sekarang masih belum gagal walaupun sekali untuk membayar bonus hari-hari kepada ahli-ahlinya. Jadi jika you join bisnes saya ni, you sudah buat satu keputusan yang tepat dengan memilih syarikat yang sudah ada bukti tentang keupayaannya membayar bonus secara hari-hari.

Jom join saya hari ini, kita buat sama-sama dan kita berubah sama-sama.

Menepis Penolakan Mantap 85

Penolakan :
"Katakan saya join, tapi tak cari orang, boleh ke saya dapat bonus?"

Menepis Penolakan:
Boleh! Siapa kata tak boleh? Tapi you kena jual produklah. 1 hari jual 1 portal Score Program you dapat untung runcit RM300. Siapa nak bagi? Kalau sebulan dapat jual 10 portal dah RM3,000

Tapi kalau you cuba perkenalkan kepada orang bisnes ni, pasti ada yang minat nak join, yang susahnya bila you diam dan tak bercakap kat orang lain tentang bisnes ni, itu sahaja.

You buka kedai makan tapi tak beritahu kawan-kawan, you rasa kawan-kawan you tahu ke? Bila kawan-kawan you atau saudara mara you tak tahu macam mana mereka nak sokong bisnes you. Satu lagi, kalau you buka kedai makan, tapi hari-hari tutup, you rasa you dapat untung ke? Jadi kalau you nak senang, bila join bisnes ni cuba perkenalkan kepada orang, jangan cari orang sebab cari orang susah kerana kita tak tahu siapa yang sedang cari peluang. Betul ke benar?

Jom join saya sekarang, saya akan ajar you macam mana cara nak perkenalkan bisnes ini kepada orang.

Menepis Penolakan Mantap 84

Penolakan :
"Syarikat lain bayar ahli je dah boleh mula bisnes, tapi kenapa syarikat you mesti keluar modal besar baru boleh berniaga?"

Menepis Penolakan:
Sebab syarikat saya benar-benar nak lihat ramai orang Berjaya dan bergelar Jutawan dalam bisnes ni. Nama pun bisnes, kalau hanya sekadar nak jadi pengguna, syarikan lain pun berlambak. Kalau you join bisnes macam ni, apa sebenarnya yang you hendak? Saya rasa ajwapannya selain nak guna produk, duit adalah matlamat utama, betul ke benar?

Kalau keluar RM796 sekali sahaja dan tiap-tiap bulan boleh dapat RM1000 hingga RM5000 you rasa mahal ke? Dari pengalaman saya, ramai yang gagal dalam bisnes ini ialah mereka yang hanya bayar jadi ahli sahaja. Mereka tak serius dengan bisnes mereka, ala… kalau rugipun baru RM50 aje. Jadi mereka tiada komitmen dan focus terhadap bisnes mereka.

Sebab itu syarikat saya modalnya tinggi sikit daripada syarikat lain kerana syarikat saya pentingkan ahli yang berkualiti dan betul-betul ingin Berjaya serta serius dalam bisnes ni.

Menepis Penolakan Mantap 83

Penolakan :
"You ingat orang senang ke nak keluar sampai 3 ribu lebih"

Menepis Penolakan:
Oklah saya nak tanya you, “Berapa banyak you sanggup keluar modal kalau you nak dapat 100 ribu sebulan? Saya percaya tentu puluhan ribu, betul ke benar? Dalam bisnes yang saya perkenalkan pada you ni, Cuma dalam 2488 sahaja you dah boleh buat 100 ribu sebulan mungkin lebih dan lebih menariknya lagi, 2488 tu keluar sekali sahaja bukan tiap-tiap bulan atau tiap-tiap tahun.

Kalau pun keluar 2488 sekali, tapi dapat 10 ribu setiap bulan, ok ke ok? Inilah uniknya bisnes yang saya cakap kat you. Memang tak masuk akal, tapi itulah hakikat dan kebenarannya.

Kalau dah tak boleh keluar RM2488, you boleh cuba yang rendah sikit, RM796 dan kalau itu pun you tak boleh, pilihan terakhir ialah you keluarkan modal RM796. Jadi dalam bisnes ni sebenarnya banyak pilihan untuk you pilih dan mulakan bisnes, terpulang pada you. Kalau you memang dah tak minat, modal RM10 pun you akan tolak. Betul ke benar cakap saya?

Jadi, modal bukan menjadi masalah besar sebenarnya, yang menjadi masalah ialah minat atau tidak dan membuat keputusanuntuk buat ke tidak, setakat minat tapi tak buat tak guna juga, betul ke benar?

Menepis Penolakan Mantap 82

Penolakan :
"You suruh saya ajak adik bradik saya join, tapi mereka semua dah join bisnes ni, macam mana ?

Menepis Penolakan:
Macam mana boleh jadi macam tu, dia orang tak ajak you ke? Atau mereka mungkin tahu yang you tak minat atau tak suka buat bisnes macam ni. Saya rasa you taput join bisnes ni. Ini yang seronok kalau you join bisnes ni sebab mereka tak tahu yang you buat bisnes ni. Lepas tu you buat betul-betul, you tunjukkan perubahan dan biar mereka terkejut.

Bisnes ni best kalau you dah faham, semua orang yang join bisnes ni bermula daripada tak faham apa-apa, kemudian mereka belajar dan buat betul-betul. Kalau kita tak cuba kita tak tahu. Cakap saya ni betul ke benar?

Jom join saya hari ni, saya percaya you akan minat dengan bisnes ni.

Menepis Penolakan Mantap 81

Penolakan :
"Bagi saya kumpul duit dulu, bila dah cukup saya call awak"

Menepis Penolakan :
Tak payah call saya, saya boleh agak yang you beri alasan untuk menolak. Saya tak kisah sama ada you join ke tidak, you join Alhamdulillah, kalau you tak join pun Alhamdulillah sebab rezeki ditangan Allah dan ramai lagi orang yang saya belum jumpa untuk saya perkenalkan bisnes saya ni, manalah tahu tup-tup yang join saya adalah adik bradik you atau kawan-kawan baik you, siapa tahu semuanya kuasa Allah.

You kumpul lah duit dulu bagi cukup dan saya pasti duit tu tak akan cukup sampai bila-bila kerana you tak ada rasa terpaksa dalam diri you. You jangan marah saya cakap macam ni, cuba you renung sejenak, betul ke benar cakap saya, dari dulupun itulah alasan you bila orang datang untuk ajak youbuat bisnes macam ni. Saya rasa saya bukan orang yang pertama ajak you buat bisnes macam ni, betul ke benar?

So, you fikirlah sendiri. Saya tak mampu untuk mengubah you, hanya you sahaja yang boleh buat keputusan sama ada mahu berubah ataupun tidak.

Menepis Penolakan Mantap 80

Penolakan :
"Bagi saya cari orang dulu, kalau dah ada orang yang minat dan nak join baru saya join bisnes you"

Menepis Penolakan:
Itu tak betul! Macam mana orang nak yakin dengan you bila you sendiri tak join lagi. Orang mesti nak lihat bukti yang you dah join. Kalau you tak join lagi, you nak tunjuk apa sebagai bukti?

Walaupun you mula dengan satu kedai taka pa, sebab you dah boleh buktikan yang you dah join bisnes ni, barulah orang boleh yakin dengan you sebab you sendiri dah join. Jangan nanti bila orang tanya, you dah join ke? You akan tergagap-gagap nak jawab. Ingat! Jangan tipu suatu hati orang akan tahu juga, masa tu dah tak guna sebab nasi dah jadi bubur dan bubur pulak dah basi.

Jangan tangguh-tangguh lagi, jom join bisnes ni sekarang, saya akan tolong you dan kita buat sama-sama bisnes ni.

Menepis Penolakan Mantap 79

Penolakan :
"Aku manalah reti bisnes engkaupun tahu, lebih-lebih lagi jenis cari-cari orang lagilah aku tak reti"

Menepis Penolakan :
(Ayat ni boleh guna utk kawan baik)
Siapa suruh engkau cari orang, aku hanya suruh engkau perkenalkan sahaja. Kalau cari-cari orang aku pun tak minat nak buat bisnes ni. Susah ke nak perkenalkan pada orang bisnes ni? Aku rasa selama ini engkau pun ada buat kerja-kerja perkenalkan (promosi) pada orang, tapi tak dibayar gaji, jadi dalam bisnes yang aku nak perkenalkan ni engkau dibayar gaji. Bagus ke best bisnes ni?

Aku rasa engkau ada bagitahu kat kawan-kawan engkau yang engkau beli baju kat kedai tu, kat butik sana, kat shopping complex A dan macam-macam lagilah. Engkau sedar tak yang engkau sedang perkenalkan tempat-tempat itu pada kawan-kawan engkau? Apa engkau dapat?

Jadi dalam bisnes ni engkau buat perkara yang sama engkau buat sekarang, kenalkan aje pada kawan-kawan engkau. Kalau mereka tak nak engkau pun bukan rugi, tapi kalau mereka minat dan join siapa untung? Engkau jugak yang untung. Bisnes ni mudah sangat kalau engkau tahu macam mana nak buat.

Engkau kawan akukan, jadijangan fikir-fikir lagilah, jom ikut aku buat bisnes ni, aku akan ajar engkau. Malam ni engkau jumpa aku dan jangan lupa bawa duit sekali, ikut pakej yang mana engkau mampu, kita pergi centre daftarkan keahlian engkau dan engkau dah boleh mulakan bisnes ni.

Menepis Penolakan Mantap 78

Penolakan :
"Ok lah, bagi sampai cukup bulan, saya tunggu time gaji, sekarang duit tak ada nak join"

Menepis Penolakan:
Macam nilah, saya rasa dulu pun kawan-kawan you dah ajak you buat bisnes ni atau bisnes-bisnes yang serupa macam ni, tapi you beri alasan cukup bulan nak tunggu gaji. Takkan sampai sekarang pun you tak simpan duit?

Itu kalau you dapat gaji, kalau you tak dapat gaji macam mana? Tak joinlahkan? Saya memang tak mampu untuk ubah hidup you, tapi saya punya peluang untuk ubah hidup you, tapi saya punya peluang untuk you ubah kehidupan. You pun dah Nampak potensi bisnes ni, kenapa nak tunggu lagi. Kalau saya jadi you saya akan cuba ikhtiar cariduit untuk join bisnes ni takkiralah samada kena pinjam kat adik beradik atau kawan-kawan, yang penting saya dapat join bisnes ni.

Kalau you nak tahu, dalam bisnes ni ada orang yang sanggup gadai atau jual perabut rumah semata-mata tak nak lepas peluang ini. Pada saya mereka hebat dan berani buat keputusan. Saya yakin dan percaya, orang-orang yang macam ni memang boleh Berjaya dalam apa juga bidang yang mereka ceburi, apatah lagi bisnes yang mudah macam ni.

Boleh you sediakan duit untuk memulakan bisnes ni esok? Oklah saya bagi you sampai lusa untuk you cari duit tu tak kira macam mana you nak cari, kalau lepas 3 hari you tak call atau SMS saya, saya tahu yang you tak minat untuk ubah kehidpan you. Saya tak akan call atau SMS you, jangan risau.

Menepis Penolakan Mantap 77

Penolakan :
"Aku bukan tak minat, tapi aku takut bisnes tak ke mana, modal pun lesap sebab bisnes macam ni aku pernah buat dulu, tak jadi apa pun!"

Menepis Penolakan :
Dulu tu bila? Engkau masuk syarikat apa? Siapa perkenalkan bisnes tu kat engkau? Sebelum engkau join bisnes tu, aa tak engkau selidik dulu latar belakang syarikat? Latar belakang pengurusan? Dah ramai ke orang yang berjaya? Berapa ramai Jutawan yg dah dilahirkan? Syarikat pernah dapat pengiktirafan ke dari mana-mana pihak?

Semua ni engkau kena ambil tahu sebelum engkau join. Bisnes yang aku nak engkau join ni aku dah selidik dulu, kemudian baru aku join, aku pun tak nak buat bisnes yang mengarut dan merugikan aku. Lagi satu, aku tak nak engkau putus kawan dengan aku hanya kerana bisnes.

Aku nak engkau join bisnes ni dan kita buat sama-sama, sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat ni dapat pulang modal dulu. Engkau pun bukan tak kenal aku, engkau pun tahu rumah aku, jadi jom ikut aku pergi support centre, kau dengar dan nilai kan dulu. Pas engkau dah dengar, aku hati aku dah puas.

Menepis Penolakan Mantap 76

Penolakan :
"Engkau tengok anak aku ni hah, berderet-deret, macam mana nak pergi meeting?, Bukannya aku tak minat"

Menepis Penolakan :
Macam ni ajelah kak. dulupun saya rasa kakak cakap benda yg serupa jugak. Meeting tu kakak boleh pergi ikut kesesuaian masa kakak, petang atau malam. Seminggu sekali pun tak apa.

Mintalah suami akak jaga sekejap sementara akak pergi meeting tu, akak bukan nak pergi makan angin, akak nak pergi buat bisnes cari rezeki, bukannya lama pun sejam dua je, itupun seminggu sekali, takkan tak boleh, bolehkan? Kalau suami minat nak ikut sekali lagilah bagus.

Kita ni kak kena fikir tentang masa depan kita dan anak-anak serta keluarga, sampai bila kita nak hidup susah dan duit sentiasa tak pernah cukup. Itupun mujur suami ada kerja, kalau jadi apa-apa kat suami macam mana? Takkan waktu itu baru akak nak tercari-cari peluang, orang tuakan pernah kata "sediakan payung sebelum hujan".

Janganlah risaulah pasal anak berderet-deret tu, akak patut risau jika tak dapat berikan mereka pelajaran secukupnya. Lepas ni kalau ada rezeki, keluar lagi, keluar lagi, keluar lagi dan akak akan terus berikan alasan yang sama - anak berderet.

Anak-anak ni rezeki kak, tapi rezeki boleh ke datang sendiri? Akak fikirkanlah... saya datang cuma beri peluang dan nampakkan pada akak aje.

Menepis Penolakan Mantap 75

Penolakan :
"Pakcik tak reti, ada anak pun tak minat berniaga"

Menepis Penolakan :
Pakcik tak reti tak apa, yang penting pakcik minat untuk mencuba, itu sudah cukup membanggakan saya kerana dalam usia pakcik sekarang, pakcik masin ingin terus mencuba untuk mengubah kehidupan pakcik. Kalau pakcik datang ke support center kami di Edata, pakcik akan terperanjat kerana yang menyertai bisnes ni ramai yang muda-muda belia dan yang paling ramai pelajar-pelajar universiti kekadang saya pulak yang jadi malu dengan diaorg, apa tak nya... belajar belum habis lagi dah boleh beri mak bapak 2 / 3 ribu sebulan. MasyAllah pakcik.

Pakcik buat je perlahan-lahan, saya akan bantu ajar pakcik, pakcik ada kawan-kawankan, jadi pakcik cerita je, kalau mereka nak tahu lebih lanjut, saya akan datang terangkan. Bila mereka masuk, saya letakkan bawah pakcik, pakcik hanya cakap kat kawan-kawan pakcik, "Aku baru masuk satu bisnes, tapi aku nak terang tak pandai sebab aku baru masuk, aku tengok ramai yang dah dapat duit, orang-orang yang sama baya dengan kita pun ramai yang dah masuk dan berjaya". Itu sahaja yang pakcik cakap kat mereka.

Atau pun pakcik kan ramai kawan-kawan yang anak-anak mereka yang masih belajar lagi, pakci boleh cakap "Kau nak anak kau pandai tak? aku ni tak pandai nak cakap, tapi aku tahu anak kau boleh berjaya kalau guna program ni! nanti aku panggilkan kawan aku terangkan pada kau yea".

Bab anak-anak tak minat, itu masalah kecil pada saya. Mereka mungkin tak faham tentang bisnes ni lagi, saya percaya bila anak-anak pakcik faham tentu mereka akan buat dan sama-sama tolon pakcik buat bisnes ni. Pakcik masuk sekarang dan lepas tu baru saya jumpa anak-anak pakcik dan saya akan terangkan pada mereka. Bila pakcik dah masuk, senang saya nak buat mereka terpaksa jadi minat.

Menepis Penolakan Mantap 74

Penolakan :
"Terima kasih je lah nak, makcik ni jual nasi lemak je, tak reti makcik nak buat bisnes-bisnes macam ni"

Menepis Penolakan :
Sebab makcik jual nasi lemaklah saya nak makcik join dan masuk bisnes ni. Bisnes ni tak susah sebab orang yang datang cari makcik, makcik tak payah susah-susah cari orang. Macam saya ni kena keluar cari orang, makcik tak perlu, tapi kalau nak susahkan diri keluar cari orang lagi bagus.

Bila makcik jual nasi lemak, kan orang datang kat makcik nak beli nasi lemak, apa yang makcik perlu buat ialah, masukkan flyer (tunjukkan makcik tu contoh flyer) dalam beg plastik letak nasi lemak - itu sahaja yang makcik perlu buat, senang ke mudah? Bila ada orang minat nak tahu bisnes ni, makcik beritahu saya dan saya akan terangkan, kalau orang tu join, saya letakkan bawak makcik sebab orang itu makcik yang dapatkan.

Lagi satu, makcik boleh minta tolong anak-anak makcik untuk tolong makcik buat bisnes ni, saya rasa tentu anak-anak makcik akan bantu makcik buat bisnes ni bila mereka nampak potensi bisnes ni. Apa kata makcik join dulu dan kemudian bagi saya jumpa anak-anak makcik untuk saya terangkan bisnes ni kepada mereka.

Menepis Penolakan Mantap 73

Penolakan :
"Saya ni jual kereta, tak terkejar saya kalau saya join bisnes you"

Menepis Penolakan :
Jika prospek anda cuba memberikan alasan penolakan yang macam ni, anda cuba gunakan cara "Menepis Penolakan Mantap 72"

Menepis Penolakan Mantap 72

Penolakan :
"Saya ni jual insuran, tak ada masa nak join bisnes you ni"

Menepis Penolakan :
Aduh... pada saya youlah orang yang beruntung jika you buat bisnes ni. Saya mungkin tak berapa faham tentang kerja you, tapi daripada kawan-kawan saya yang juga jual insuran kata, sekarang ni susah sikit nak dapat payment dan bila payment susah maka komisen mereka pun turut terjejas.

Pada saya, ramai yang guna duit gaji untuk bayar bulanan duit insuran tu, so kadang-kadang bila komitmen bulan tu ginggi, maka nak bayar duit insuran tu terkucil. Bila tak dapat bayar, komisen pun tak dapat. Bila you buat bisnes ni you sebenarnya boleh bantu pelanggan insuran you. You perkenalkan sahaja pada pelanggan you dan tunjukkan potensi bisnes ni, bila mereka join dan buat betul-betul mereka akan dapat income bila dapat income mana mereka ada masalah nak bayar duit insuran, bila mereka mampu bayar you dapat komisen - siapa senang?

You kena berfikiran positif, mungkin ramai di antara pelanggan-pelanggan insuran you sedang mencari-cari peluang untuk tambah pendapatan, tapi you tak tahu dan you tidak akan tahu sampai bila-bila selagi you tak cuba bisnes ni. Apa kata you join bisnes ni sekarang. Jangan bazirkan aset (pelanggan) yang you ada, orang lain yang buat bisnes ni pun mungkin juga menjadikan pelanggan you sebagai sasaran prospek mereka.

Menepis Penolakan Mantap 71

Penolakan :
"Bisnes you ni macam money game je, tak salah ke?"

Menepis Penolakan :
Saya suka soalan you ni, sebab dah ramai juga yang cakap macam tu. Pertama saya nak tanya you, apa yang you maksudkan dengan MONEY GAME? Saya sendiri orang pertama yang akan menolak bisnes-bisnes macam tu, sebab saya dah lihat ramai orang yang menderita dan susah setelah mereka melabur terlalu banyak duit terutama orang-orang melayu kita, ada yang gadai tanah, jual tanah, pinjam bank, pinjam along dan macam-macam lagi hanya kerana hendak kejar impian dan juga termakan dengan janji-janji kosong penganjur.

Bisnes ni ada lesen dan dibenarkan oleh kerajaan malah ada sijil Kepatuhan Syariah lagi. Kita ada produk untuk dipasarkan (jangan sebut jual - orang fobia bila dengan perkataan jual) . Semua bonus atau pendapatan yang diterima sama ada banyak atau sedikit bergantung kepada berapa banyak produk yang kita serta jaringan kita (network) pasarkan. Kalau MONEY GAME tu tak payah buat apa-apa, hanya duduk diam dan tunggu duit sahaja. Bisnes saya bukan pelaburan tetapi ianya sebuah perniagaan.

Kalau you nak lebih faham, jom ikut saya dengar preview tentang bisnes ni di Support centre Edata malam ni, lepas tu you buat keputusan sama ada you nak join atau you nak masuk?

Menepis Penolakan Mantap 70

Penolakan :
"Mana datang duit banya-banyak ni, syarikat labur kat mana, saya rasa macam tak masuk akal bisnes yang you terangkan ni"

Menepis Penolakan :
You cakap tadi you masih kerja makan gaji, ada tak you tanya kat mana syarikat you labur duit-duit yang syarikat you dapat? Saya rasa yang you tak masuk akal ataupun akal you tak sampai untuk berfikir ialah kerana syarikat saya ni mampu bayar hari-hari dan bayar bulan, betul ke benar?

Apa yang you nak hairan, tak sempat labur pun, sebab kalau you join hari ni dan dah berjaya perkenalkan pada kawan you dan mereka join, esok you dah dapat bonus, jadi bukankah tak sempat nak labur?

Bisnes ni mudah sangat, ada kerja ada gaji, tak ada kerja tak ada gaji. Sama macam you sekarang, kalau you tak kerja, syarikat you bayar tak gaji you? Cuma dalam bisnes saya ni, mula-mula susah sikit, lama-lama jadi senang kemudian tak kerja pun dapat duit - itulah POWER OF NETWORKING (Kuasa jaringan). Ramai yang masih tak faham tentang bisnes ini, sebab itu mereka masih was-was, tapi bila mereka dah join bisnes ni baru mereka tahu.

Saya harap you join saya sekarang dalam bisnes ni dan kita buat sama-sama atau kalau you nak lebih puas hati, malam ni ikut saya pergi support center Edata.

Menepis Penolakan Mantap 69

Penolakan :
"Dah banyak sangat syarikat MLM di Malaysia ni, persaingan tentu jadi hebat, boleh buat ke bisnes ni lagi?"

Menepis Penolakan :
Saya rasa semua rumah ada TV malah ada yang sampai dua tiga buah TB, tapi kenapa syarikat buat TV masih keluarkan TV?

You pun pakai handphone dan ramai orang dah pakai handphone, tapi kenapa handphone masih dikeluarkan lagi?

Ramai orang dah ada kereta, tapi kenapa Proton masih keluarkan kereta lagi? Jadi samalah macam bisnes NETWORKING ni, walaupun dah beratus syarikat MLM yang ada, tapi masih lagi tetap keluar yang baru malahan yang daripada luar negara pun berlumba-lumba nak masuk pasaran Malaysia. Amway yang dah lebih 30 tahun di Malaysia pun masih tak sampai 1% rakyat Malaysia yang jadi ahli Amway, betul ke benar?

Persaingan tu bagus kalau semua jalankan dengan penuh etika dan ikut peraturan undang-undang. Syarikat saya ni boleh bersaing kerana telah banyak buktikan kejayaan dapat ditunjukkan dan sistem yang diperkenalkan adalah sistem terbaru dan telah terbukti kehebatan dan kebenarannya. 30 Jutawan lahir dalam masa tidak sampai 3 tahun, you rasa hebat atau you rasa kagum!

Lagi satu, antara syarikat Networking yang berdaftar telah melahirkan 7000 Jutawan dalam bidang ini tapi yang spesial syarikat ini adalah inilah syarikat pertama yang mengeluarkan produk PENDIDIKAN jadi mana ada saingan dgn syarikat-syarikat MLM yang lain.

Menepis Penolakan Mantap 68

Penolakan :
"Pelan Pemasaran bisnes you macam sistem piramid je"

Menepis Penolakan :
You tahu ke sistem piramid tu mcam mana dan piramid tu salah ke? Cuba you terangkan sikit, kot-kot msih ada yang saya tak tahu. (Anda dengar macam mana prospek anda terangkan, jangan takut sebab 99% tak tahu apa sebenarnya sistem piramid dan kebanyakkan mereka hanya dengar cakap-cakap daripada orang yang juga tak tahu apa itu piramid)

Oklah, sebenarnya you pun tak tahu dan tak jelas dengan sistem piramid. Kalau piramid tu salah, maka kita tak boleh kerja, kita tak boleh bagi anak-anak kita sekolah, kita tak boleh kawin dan macam-macam lagi perkara yang kita tak boleh buat sebab semua bentuk kehidupan adalah piramid.

Dalam bisnes ni memang bentuknya piramid tapi yang kita perlu tahu ialah sama ada piramid itu dibenarkan atau tidak? Piramid yang dibenarkan dan diluluskan oleh Kerajaan ialah, bila orang bawah boleh mengatasi pendapatan atau pangkat orang atas. Kalau orang bawah tak boleh potong orang atas walaupun kerja kuat, itu piramid yang salah dan tidak diluluskan.

Dalam bisnes ini, kalau you orang bawah tapi keluar modal RM6,888 dan orang atas keluar modal RM796 siapa berpotensi dapat banyak income? Jadi Pelan pemasaran bisnes syarikat saya adalah sistem piramid yang dibenarkan dan diluluskan oleh Kerajaan, kalau tidak dah lama lesen kena tarik dan syarikat diarahkan tutup.

Saya harap you faham sekarang apa itu sistem piramid - so ni borang, boleh join saya sekarang dan kita buat sama-sama. Pakej dan modal you pilih sendiri , tapi kalau ikut saya .... alang-alang nak bisnes, ambik pakej orang berniaga RM6,888

Menepis Penolakan Mantap 67

Penolakan :
"Saya kerja despetch, nak cerita tentang bisnes e-pendidikan, orang boleh percaya ke kat saya?"

Menepis Penolakan :
Awak lihat ni, (print kenshido hall of fame Kenshido Millionaire Club - tunjukkan gambar mat rempit Badrul) siapa sangka mat rempit boleh jadi Jutawan, kalaulah mat rempit boleh jadi Jutawan... lagi kan you mat despetch yang jumpa ramai orang dari kelas bawahan hingga you boleh jumpa orang atasan.

Pada saya Badrul contoh terbaik bagi awak. Jangan peduli, sama ada orang percaya atau tidak, apa yang penting ialah awak percaya atau tidak pada diri awa sendiri? Kalau Badrul tak boleh percayakan diri dia, pasti dia tidak akan berjaya dan bergelar Jutawan dlm bisnes ni.

Awak kena yakin dan percaya kepada kebolehan dan kelebihan yang ada pada awak, kalau awak tak tahu, awak kena cari dan salah satu cara ialah dengan join bisnes yang saya perkenalkan pada awak ni.

Saya tahu awak boleh buat bisnes ni - Jom join saya sekarang

Menepis Penolakan Mantap 66

Penolakan :
"Saya ni driver lori aje, orang boleh percaya ke cakap-cakap saya?"

Menepis Penolakan :
Kalau awak nak tahu, 7000 Jutawan telah dilahirkan selama 40 tahun MLM di Malaysia ni dan Jutawan itu datang dari pelbagai latar belakang. Kalau you study dan cari buku-buku MLM di luar sana, you akan terperanjat kerana ada yang suri rumah mampu jadi Jutawan, Peniaga goreng pisang, Mat Rempit, Securiti Guard malah ada yang datang dari keluarga yang daif lagi miskin mampu merubah kehidupan dari susah hinggalah senang.

Bagi saya, setiap manusia punya potensi yang berlainan cuma potensi itu tidak di asah dan digilap. You datang sendiri ke support centre kami, tengok dan nilaikan sendiri kemudian saya juga boleh perkenalkan dengan beberapa orang yg sudah berjaya yg mempunyai latar belakang seperti you. Cuma you kenalah luangkan masa dengar peluang ini kerana Allah memberi rezeki pada kita dalam bentuk peluang.

Sunday, January 22, 2012

Menepis Penolakan Mantap 65

Penolakan :
"Saya ni kerja JAGA je, siapa nak percaya cakap saya!"

Menepis Penolakan :
Apa, kerja JAGA hina ke? Kerja JAGA jatuhkan maruah ke? Mana lebih baik dengan orang yang kelulusan tapi tak dapat kerja atau mana lebih hina dengan orang yang tak mahu kerja? Kalau saya jadi awak, saya akan rasa bangga bila saya dapat mengubah kehidupan saya menjadi lebih baik.

Kami juga ada testimoni En Marzuki (print hall of fame) juga seorang JAGA di sebuah Universiti terkenal di Kuala Lumpur dan yang spesialnya En Marzuki ni, apa bila beliau berkongsi cerita dengan kami dimana satu hari beliau bersembahyang dan berdoa sangat pada Allah agar dapat mengubah kehidupan kerana duduk rumah PPRT dengan gaji RM800 sebulan manalah cukup hidup di Kuala Lumpur dengan anak yang ramai. Jadi beliau satu hari terpijak flyer dan menalipon pemilik flyer tersebut dimana beliau berminat untuk menambah pendapatan.

Bermulalah cerita dimana beliau begitu teruja dan menyertai program ini dengan membuat pinjaman bank untuk pakej RM6,888 dan kini beliau sudah berjaya meraih pendapatan RM 40,000 sebulan dan kehidupan beliau 360 darjah berubah menjadi manusia yang luar biasa.

Apa bezanya En Marzuki dengan you? Dia JAGA juga 2 tahun yang lepas, sama macam awak hari ini, tapi apa yang membezakan awak dengan dia? En Marzuki ada keyakinan dan keberanian untuk berubah... itu aje.

Saya percaya, kalau awak ada sikap-sikap seperti dia, awak pun boleh berjaya, mungkin lebih cemerlang daripada beliau. Dah... jangan takut - Jom join saya sekarang dan kita buat sama-sama bisnes ni sampai berjaya kemudian jika Allah izinkan, saya akan jumpakan you dengan En Marzuki di Kuala Lumpur... jika you nak jumpa beliau dan dapatkan tip-tip bagaimana beliau berjaya, you kenalah join dulu dan saya tak sabar-sabar nak bawa you jumpa dia.

Menepis Penolakan Mantap 64

Penolakan :
"Saya ni kerja kilang, siapa yang nak yakin dan percaya kat saya?"

Menepis Penolakan :
Bagi saya ramai latar belakang orang-orang berjaya dari pekerja kilang juga ketika mereka menunggu keputusan SPM dahulu cuma beza nasib mereka lebih sedikit dari you tapi apa yang you nak risaukan sebab program ini hanya memerlukan 4 orang aje bagi menjayakan semua orang dibawah rangkaian you.

You tengok yea, takkan kat kilang tempat you bekerja sekarang tidak ada ibu bapa yang nak tengok anak mereka pandai? pada saya you hanya kurang keyakinan aje jadi beginilah saya nak beri saranan dimana tugas you hanya perkenalkan saja rakan-rakan sekilang you pada saya, itu aje. Setiap kali temujanji saya hanya inginkan seorang sahaja supaya saya dapat focus pada prospek you dan dari situ you akan belajar bagaimana saya membuat TTC table talk closing.

Semakin hari you belajar, semakin you akan faham dan pandai untuk membuat temujanji untuk diri you sendiri dan membantu rangkaian you pulak. InsyAllah, bila you dah ada pendapatan, stail hidup you dah berubah pasti rakan-rakan you akan buka mata dan lagi ramai yang akan sertai dibawah you sebab mereka lihat you komited dan berjaya. Bantu saya untuk bantu you berjaya dan you akan lihat hasilnya bila you yakin yang you boleh berjaya seperti orang lain juga.

Menepis Penolakan Mantap 63

Penolakan :
"Saya ni Muflis/Bankrap, boleh ke saya buat bisnes ni?"

Menepis Penolakan :
Nak ikutkan tak boleh, tapi oleh kerana you belum bankrap otak, saya rasa tidak ada masalah untuk you buat bisnes ni. Yang susah bila orang tu bankrap otak, itu saya susah nak tolong.

Bisnes ni, bisnes e-pendidikan dan e-keusahawanan so semuanya online (manual pun ada) dan segala bonus dibayar dalam bentuk ke akan maya (k-wallet) dan bila dapat bonus semua bonus masuk dalam akaun maya you dan you boleh tukar kwallet dengan kawan-kawan you atau sesiapa sahaja yang jalankan bisnes ni. You pindahkan kwallet you ke kwallet kawan you dan kawan you akan bagi cash kat you. Proses ini tak perlu melalui transaksi bank.

Malah you juga boleh tukar kwallet you pada orang yang lebih you percaya iaitu bisnes partner you sendiri atau rangkaian you sendiri.

Now saya nak tanya you, bisnes ni mudah ke senang? So, jom join saya hari ni untuk selesaikan black list nama you bila you dah ada pendapatan besar nanti. Banyak masalah boleh you selesaikan sebab selagi nama you black list, masa depan you memang nampak gelap apabila you tak boleh mempunyai apa-apa aset di sebabkan you bankrap. Letakkan kepercayaan you pada saya dan biarlah masa menentukan kepercayaan you pada saya. Saya akan pastikan saya akan buat habis baik untuk you.

Menepis Penolakan Mantap 62

Penolakan :
"Saya selalu out-station macam mana nak tumpu pada bisnes ni?"

Menepis Penolakan :
Lagi bagus! bermakna you ada peluang untuk buka bisnes you di merata-rata tempat dan peluang seperti ini bukan semua orang yang dapat. Kalau saya, saya lihat ini sebagai sesuatu yang positif.

Nama pun bisnes networking dan bila buat networking maka kita perlu melebarkan empayar bisnes kita dan you pula dah terbentang luas jalan untuk melebarkan empayar bisnes you, so kenapa nak tunggu-tunggu lagi.

Saya akan ajar you macam mana nak buat bisnes ni sesuai dengan masa kerja you. Bila you tahu, you akan rasa seronok sambil kerja sambil buat bisnes dan yang paling penting bisnes ni langsung tak ganggu kerja you.

Dah, jangan fikir macam mana nak tumpu pada bisnes, sekarang you fikir berapa akaun you nak? Bayar tunai atau kredit kad?

Menepis Penolakan Mantap 61

Penolakan :
"Saya minat dengan bisnes ni, tapi boleh tak bagi saya masa sikit?"

Menepis Penolakan :
Tak boleh! You dah kata you minat, so kenapa nak tunggu-tunggu lagi? Mungkin you nak balik bincang dengan isteri you, betul ke benar? Atau you nak cari duit, benar ke betul?

Macam ni sajalah, saya rasa dulupun mungkin dah ramai kawan-kawan you yang ajak you buat bisnes macam ni, tapi you bagi jawapan yang sama, you minat tapi minta masa sikit. Betul ke benar?

Pada saya, jika you tak buat keputusan untuk bertindak hari ini, 10 tahun akan datang pun you tetap orang yang sama. 2 tahun dulu ada seorang kawan dah ajak saya buat bisnes ni, tapi biasalah, saya pun mcam you juga, minat tapi minta sikit masa. Bila dia datang balik jumpa saya, saya lihat banyak perubahan yang berlaku dalam hidup dia, bayangkan kalau 2 tahun dulu saya terus join, mungkin saya lebih hebat daripada dia.

Pada saya, jangan banyak fikir kepada bila peluang dah ada depan mata. You tengok produk dan pengiktirafan pun dah cukup buat you yakin pada potensi pada perniagaan ini. Dah banyak kali kita terlepas peluang untuk menjadi orang pertama sertai mana-mana perniagaan, cukup-cukuplah kita terlepas dan pada Perniagaan Wave 5 ini, kita akan jadi yang terawal menyertainya.

Menepis Penolakan Mantap 60

Penolakan :
"Saya tak ada cash, boleh pakai kad kredit ke?"

Menepis Penolakan :
Boleh! takada masalah. Syarikat ni paling mudah bagi memudahkan rangkaian baru untuk menyertai perniagaan ini dengan menggunakan kad kredit. Saya perlukan salinan ic you depan belakang dan salinan kad kredit you depan belakang dan you jangan risau, apabila kami fax salinan ini kepada syarikat, syarikat tidak tolak terus dimana syarikat akan talipon you dulu untuk kepastian. Jika you setuju barulah syarikat tolak namun begitu guna kad kredit ada charge fees courier charges mengikut pakej yang you ambik.

Kalau you nak jimat tak nak tolak fees tu, cash lebih baik.

Bila prospek cakap, "ala... saya lupalah nak bawa kad kredit saya" you cakap dgn prospek "dahlah bang... mungkin Allah tak pilih abang untuk jadi Jutawan dalam bisnes ni, apa pun kalau dah bawa nanti dan Allah dah izinkan abang untuk jadi Jutawan, abang call saya"

Ingat! Jangan biarkan prospek balik dengan kemenangan. Jika anda bijak ganggu fikiran prospek hingga dia rasa harus berubah, anda memang sudah memenangi hati beliau. InsyAllah

Menepis Penolakan Mantap 59

Penolakan :
"Saya tak bawa cash, esok saya bank in dalam akaun you, boleh tak ?"

Menepis Penolakan :
Boleh! tapi saya perlukan you bayar deposit dulu untuk saya lock nama you maksudnya sebagai tanda you bersetuju untuk sertai program ni. Saya dah banyak kali terkena dengan janji-janji yang macam ni, esok bila kita talipon, mulalah tak angkat talipon, sms tak balas-balas, lama-lama duit kita yang habis dok call dan sms.

Kekadang saya jadi pelik, jujur terus cakap nak atau tak nak kan jadi kerja kita lagi mudah. Nanti bila kami tak follow up, you cakap tak da siapa pun follow up tapi bila dah follow up, talipon tak nak jawab.

Saya mohon maaf, sebab saya nak cari rakan niaga yang betul-betul komited dan yang sama frekuensi macam saya jadi mudah kita nak jalankan bisnes ni bersama. Modal kecil boleh dapat income besar, tiada risiko dan potensi besar, mana nak dapat bisnes macam ni kat luar sana!

Semoga Allah tunjukkan dan bukakan hati you untuk bersama-sama menyampaikan program ilmu ini kepada seberapa ramai orang diluar sana. You lambat, nampak gayanya adik bradik atau saudara mara you akan join dengan distributor lain dan jadi sakit hati jika adik bradik you atau saudara mara you yang join dgn orang lain berjaya dan dapat pendapatan puluh ribu, sepatutnya mereka di bawah you tetapi oleh kerana you lambat buat keputusan, itu yg akan terjadi dan saya cakap ni atas dasar pengalaman sendiri dan dengar sendiri perkara-perkara yang pernah berlaku atas pengalaman orang lain.

Kalau you tak nak itu yang berlaku, jom cepat sertai saya... ramai orang yang kita nak jayakan secepat mungkin kerana dalam tempoh 3 bulan sudah ramai yang sudah mendapat RM30,000 sebulan. Jangan terlepas dalam litar Jutawan ini dan you tidak akan menyesal kerana kami dah ada sistem trainin yang mantop! Inilah Universiti kita di Edata KL dan Edata Tmn Setia Tropika JB.

Menepis Penolakan Mantap 58

Penolakan :
"Saya nak buat, tapi saya tak ada modal dan tak ada kawan, you boleh ke tolong saya?"

Menepis Penolakan :
Pada saya itu cuma alasan you untuk menolak bisnes yang saya nak perkenalkan ini. Dalam bisnes kita boleh tolong dan bantu satu sama lain dalam apa segi sekalipun, tetapi bukan dari segi bantu atau tolong bagi pinjam untuk dijadikan modal. Kalau kita rasa bisnes ini baik tentu kita akan berusaha untuk cari modal. Betul ke benar cakap saya ni?

Katakan modal paling rendah RM796, you nak buat tapi modal tak ada, tak akan kerana modal tak ada you nak tengok saja dan lepaskan peluang tersebut tanpa mahu berusaha sesuatu agar peluang itu tidak terlepas. Saya tak percaya you tak ada kawan dalam hidup you. Tu, dalam handphone you ada tak senarai nama tak kiralah siapa pupn mereka dengan you? So, macam mana you kata you tak ada kawan?

Kalau dalam ramai-ramai tu hanya ada 10 orang aje kawan-kawan you termasuk adik bradik you, apa susah, you pinjamlah daripada mereka RM100 seorang, dapat RM1,000. Jangan pinjam lebih dari itu memang susah orang nak bagi pinjam. InsyAllah, saya jamin jika you dengar kata dan ikut sistem, tak sampai sebulan you dah boleh bayar balik hutang you pada mereka yg you pinjam.

Kalau you nak tahu ada seorang adik berusia 17 tahun nak join program ni hingga sanggup lakukan jual tin kosong dan besi buruk. You boleh cari youtube kisah adik ni dan lepas join 4 bulan, adik ni mampu belikan kereta Myvi pada ayah dia.

Kalau adik tu sanggup lakukan untuk mengubah kehidupan, you kena muhasabah diri dari cerita adik tu.

Menepis Penolakan Mantap 57

Penolakan :
"Berpuluh-puluh company MLM saya join, tapi saya masih tak berjaya, mungkin MLM bukan rezeki saya"

Menepis Penolakan :
Rezeki ni ada di mana-mana, kita tak akan tahu yang mana satu bidang yang akan mendatangkan rezeki bagi kita. Samalah juga dengan bisnes MLM, saya pun dah banyak join sebelum ini, macam-macam company saya join, asal kawan-kawan cakap bagus, saya join, bersusun-susun "starter kit" tunggu nak hempap kepala saya dan berkotak-kotak produk bawah katil, tapi masih menemui kegagalan. Walau macam manapun saya masih tak menyesal atau putus asa untuk mencuba lagi.

Bila kawan saya perkenalkan bisnes ni, saya lihat ianya berbeza dengan bisnes MLM lain yg pernah saya buat. Kawan yang perkenalkan kepada saya bisnes ni setahu saya memang negatif gila bila dengar MLM, tapi bila dia perkenalkan kepada saya, saya jadi tanda tanya macam mana dia boleh terima bisnes MLM yang dia tolak selama ini. Pada saya tentu ada sesuatu, dan betul tekaan saya, bila saya ikut dia pergi support centre dan pergi melihat preview, saya memang dapati bisnes ni adalah LAIN DARI YANG LAIN daripada MLM lain. Saya terus buat keputusan dan malam itu juga saya join. Pada saya kalau tak jadipun saya akan terus mencari dan mencuba, itu kalau tak jadi... KALAU JADI macamana?

Pada saya kegagalan lalulah buat kita menukar cara baru di tempat baru dengan kepimpinan yang baru, pasti cara lama kita dah tak sesuai lagi utk era baru ni. Awak pasti akan terperanjat dengan bisnes yang mudah ini bila semua orang awak masukkan dalam sistem Preview, SUW5, RTS & BMW. Jangan cuba tapi terus buat... dan buat ajeeee...

Menepis Penolakan Mantap 56

Penolakan :
"Saya cari bisnes yang mudah, MLM ni saya rasa susah"

Menepis Penolakan :
Mana ada bisnes yang mudah, semuanya perlu bermula daripada susah baru datang kesenangan. Bukan you sahaja cakap MLM ni susah, ramai orang pun cakap macam you, tapi bila saya terangkan tentang bisnes MLM, baru mereka sedar apa yang mereka fikir selama ini salah dan kebanyakkan mereka yang dah pernah buat bisnes MLM mengakui bahawa kegagalan mereka adalah disebabkan diri mereka sendiri.

Kalau sesiapa yang nak join bisnes MLM ni, tak kiralah apa syarikat sekalipun, jika mereka nak DUDUK DIAM DAPAT DUIT (4D) lebih baik lupakan sahaja dan jangan join lebih baik. Nanti bila gagal akan salahkan orang lain.

Saya nak tanya satu soalan kat you, you rasa, kalau bisnes ni susah, macam mana ramai JUTAWAN lahir daripada bisnes ni? You mungkin rasa susah sebab selama ini bila you buat you tak dapat bimbingan yang betul daripada pemimpin you atau syarikat kurang menyediakan kelas-kelas bimbingan, kursus-kursus dan seminar, sebab itu you rasa susah. Susah datang bila kita kurang ilmu dan ilmu yang paling baik datang daripada pengalaman kita melakukan sesuatu dengan tekun dan bersungguh-sungguh tanpa kenal erti kekecewaan dan putus asa.

Saya akan bantu dan sokong you dalam bisnes ni, Saya nak you lupakan pengalaman pahit you yang lalu, jom join saya dan kita bina impian kita bersama.

Menepis Penolakan Mantap 55

Penolakan :
"Saya dah malas nak buat bisnes macam ni, kerja penat dan masa banyak terbuang, tapi untung tak seberapa"

Menepis Penolakan :
Kerja apa pun penat jika kita tidak tahu cara dan masa pun banyak terbuang jika tidak tahu gunakan dengan betul. Samalah juga dengan bisnes ni, sebab itu saya buat bisnes ni tak macam orang lain buat, saya suka kepada pergi dengan kelainan bukan pergi tanpa harapan.

Bila jumpa prospek kita kena perkenalkan dengan cara yg mudah difahami dan terus kepada apa yang prospek mahu. 99.99% prospek yang jumpa kita sudah tahu tujuan mereka berjumpa kita - bisnes. Jadi bila cakap tentang bisnes, mereka tentu ingin tahu keuntungan yg mereka akan dapat daripada bisnes tersebut. So, cerita je tentang pelan pemasaran, kecuali prospek yang minta kita terangkan tentang produk atau lain-lain. Ingat 99.99% manusia sukakan duit.

Kebanyakkan kita banyak buang masa cakap perkara-perkara yang tidak begitu penting walaupun ianya patut diberitahu kepada prospek seperti, terlalu detail tentang syarikat, pengurusan syarikat, produk dan sebagainya. Hinggakan kadang-kadang kita tidak sedar yang kita syok sendiri. Prospek tak faham-faham juga. Bisnes ni kan dah advance sebab itu kita kena pandai guna masa yang begitu terhad, terutama yg buat bisnes ni secara sambilan part time.

You join je bisnes ni, saya akan tunjukkan cara kerja yg paling mudah dan tak banyak buang masa, tetapi pulangannya lumayan dan berbaloi dgn usaha yg you buat. ok ke ok?

Menepis Penolakan Mantap 54

Penolakan :
"Saya mungkin boleh buat, tapi kawan-kawan dan orang lain belum tentu lagi"

Menepis Penolakan :
Kita jangan sesekali membuat andaian yang kita sendiri tidak pasti. Ramai orang selalu suka untuk membuat andaian. Cuba you lihat Genting Highland, siapa percaya yang mendiang Tan Sri Lim Goh Tong boleh membangunkan sebuah pusat peranginan dan percutian di tempat yang orang tidak pernah terfikir semasa itu, ramai yang kata dia gila dan hilang akal. Hari ini you lihat, apa dah jadi dengan puncak bukit tu?

Waktu Kerajaan umum nak usahakan projek angkasawan, ramai yang tertawakan dan memperlekehkan idea dan usaha tersebut, tetapi hari ini, kita dah berjaya membuktikan bahawa MALAYSIA BOLEH! dan sebagai rakyat Malaysia kita patut merasa bangga dengan Sheikh Muzaffar, lebih-lebih lagi beliau anak melayu.

Sebab itu, kita jangan buat andaian sebelum kita mencuba. Apa yang penting ialah, kita buat dulu. Saya yakin dan percaya, dari cara you bercakap, you mampu buat bisnes ni dan mencapai kejayaan.

Menepis Penolakan Mantap 53

Penolakan :
"Dulu saya dah buat bisnes macam ni, tapi sekerat jalan saja, saya cepat putus asa bila saya rasa susah dan orang tak nak join"

Menepis Penolakan :
Jangan macam tu, takkan you tak nak menzahirkan walaupun satu impian semasa hayat hidup you? Tak dapat semua impian, dapat satu pun Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya you dah berjaya dan tidaklah sia-sia kehidupan you di dunia ni.

Kalau you sudah ada keluarga, ada isteri dan anak-anak, tidak kah you terfikir apa akan jadi kepada mereka setelah you tiada? Maaf, isteri you, you tak perlu risau, ramai orang akan jaga, tetapi anak-anak you belum tentu ada yang sanggup nak jaga. So, you jangan putus asa demi masa depan anak-anak you.

Saya pun dulu macam you, cepat sangat kecewa dan putus asa, tetapi bila kawan saya yang perkenalkan bisnes ini pada saya cakap perkara yang sama seperti apa yang saya cakap kat you, saya tersedar - dalam hati saya berkata , "betul juga cakap dia". Lalu saya tidak berfikir panjang untuk buat keputusan join bisnes ni. Saya rasa you masih belum terlambat untuk buat bisnes ni, saya akan bantu you.

Menepis Penolakan Mantap 52

Penolakan :
"Saya ni tak sabar, bisnes macam ni kena sabar"

Menepis Penolakan :
Kalau you sikap tak sabar, bisnes ni memang sesuai untuk you, sebab you akan lakukan dengan bersungguh-sungguh dan you akan buat dengan pantas, sebab you tak sabar. Orang relax-relax, you buat kerja, orang dok sembang-sembang, you buat bisnes - itu yang saya kata, baguslah kalau you ada sikap tak sabar tu.

You jangan lihat daripada sudut negatif, you kena lihat sikap tak sabar you tu daripada sudut positif. You tukarkan daripada asid kepada alkali (negatif kepada positif). You pun sedia maklum, untuk berjaya banyak dugaan dan halangan, jadi you lawan dengan sikap tak sabar you tu, contoh you kata "Aku tak sabar-sabar nak hapuskan dugaan dan halangan yang datang untuk memusnahkan impian aku"

Kalau you berjaya positifkan sikap tak sabar you tu, you seorang manusia hebat dan saya yakin you mampu melakukannya.

Menepis Penolakan Mantap 51

Penolakan :
"Saya ni mudah kesian kat orang, bisnes macam ni orang yang macam saya susah nak buat"

Menepis Penolakan :
Kalau you tak buat lagi susah, sebab you dah tahu potensi ini serta pulangan yang lumayan menanti you dengan melakukan kerja yang mudah. Masalah kesian ni tak timbul kalau kita benar-benar ikhlas ingin tolong orang untuk mengubah kehidupan mereka.

Apakah kerana kita kesiankan kat orang maka kita lepaskan satu peluang yang baik? Intat, bila kita susah ada orang yang datang ambil tahu? Ada orang datang bantu? Tapi saya percaya bila kita senang ramai yang datang minta tolong, ramai yang datang tak sedara pun mengaku saudara! jadi dalam apa jua bisnes pun, tak da kesian .. kesian

Jangan korbankan impian kita kerana orang lain sebab orang lain tidak akan korbankan impian mereka kerana kita.

Menepis Penolakan Mantap 50

Penolakan:
"Ramai orang janji nak tolong, tapi bila dah join mereka buat tak tahu"

Menepis penolakan :
Sebenarnya saya dah banyak kali terima ayat ini namun bila saya periksa kembali, akhirnya dan rupa-rupanya apa yang berlaku seperti ini iaitu seandainya tangan yang hendak menghulur bantuan tetapi tidak dapat sambutan dari tangan yang nak di bantu. Maksudnya, leader nak bantu tetapi yang nak dibantu tidak rela dibantu.

Juga ramai yang tak faham proses belajar mengambil masa, jika you baru join janganlah terus berharap 100% dibantu, perlahan-lahanlah you datang 3 kali seminggu ke BOOM atau preview untuk faham Produk dan Plan Pemasaran, bagi diri you masa untuk faham semua itu dan bila you dah ready you dah boleh buat sendiri. Buat semantara jika you tak faham hanya bawa prospek saja ke preview dan sambil tu you sambil belajar dan bawa buku nota.

Kalau you nak tahu sebenarnya begitu mudah buat bisnes ni iaitu ikut cakap upline aje. Bila upline cakap bawa seorang prospek datang ke setiap kali BOOM atau preview Score A, jangan banyak tanya... bawa aje prospek datang. Dari situ semua orang ikut sistem iaitu bermula dari BOOM kemuddian ke SUW5 kemudian ke RTS kemudian ke BMW dan akhir sekali SGM. Lakukan semua putaran tersebut utk rangkaian you, insyAllah you akan tengok hasilnya.

Kalau you nak tahu, ramai yang dah berjaya ikut sistem ni.

BOOM / PREVIEW SCORE A
Bussiness Official Of Meeting

SUW5
Seminar Usahawan Wave 5

RTS
Road To Success

BMW
Breakthrough Mind Workshop

SGM
Success Group Meeting

Menepis Penolakan Mantap 49

Penolakan :
"Bisnes ni ramai yang dah join, so susahlah saya nakk cari orang "

Menepis Penolakan :
Betul, kalau cari memang susah so jangan cari, you perkenalkan aje. Kalau dah susah-susah sangat, you cari yang bukan orang. Sebab dalam bisnes ni, orang boleh join dan bukan orang pun boleh join, so apa masalah?

You tahu tak, manusia ni terlalu ramai yang sedang cari peluang, tapi kita yang tak pergi cari mereka, sebab kita tak kenal yang mana satuorang yang sedang cari peluang. Syarikat bisnes yang saya buat ni dah 14 tahun, tapi bila saya tanya ...masih ramai tak pernah dengar Score A. Ada yang pernah dengar tetapi bila saya tanya... ada ke patut dia cakap yang makan 2 biji pagi dan 2 biji petang! Aduhai ini maksudnya ramai yang dengar tapi tak pernah ambil tahu pun.

Saya suka bisnes ni kerana dari pelajar tadika hinggalah orang tua boleh memasarkan bisnes ni. Bagi yang tadika, pelajar itu akan berkongsi seronok guna belajar guna Score a Pre School dan bagi orang tua, dia pulak seronok berkongsi cara belajar yg menyeronokkan dgn kawan-kawan dia yang lain agar cucu pada kawan-kawan mesti guna program ni. Senang ckp semua level kita boleh sapu habis!

Cubalah kalau produk lain, hanya segolongan orang saja yang boleh buat. Kalau insuran ada had umurnya dan kena ambil periksa. Kalau produk kecantikan, takkanlah adik tadika nak ckp dia bersolek pulak g sekolah..macam-macam lagi kalau nak kongsikan kehebatan produk ni.

Menepis Penolakan Mantap 48

Penolakan :
"Dah ramai yang tahu bisnes ni, so peluang untuk saya dah tipis "

Menepis Penolakan :
Saya setuju ramai yang dah tahu, tapi berapa ramai yang buat? Tahu dan buat dua perkara yang berbeza. Sebenarnya peluang akan menjadi tipis bila kita tidak mahu bertindak. Selagi kita tidak cuba kita tidak akan tahu samaada peluang itu tipis atau pun tidak, sebab orang yang kita tidak kenal adalah lebih ramai daripada orang yang kita kenal, betul ke benar? So, kenapa you nak takut atau risau, yang you perlu takut atau risau ialah bila you tak buat.

Percayalah, bila you buat bisnes ni baru you tahu, eh... ramai lagi yang tak tahu rupanya. Saya percaya lepas itu you akan rajin berjumpa dengan kawan-kawan, saudara mara atau sesiapa sahaja untuk you perkenalkan bisnes ini. Bukannya susah pun buat bisnes ni, jumpa orang cakap, jumpa orang cakap, jangan tak cakap... itu aje.

Tak tahu cakap you bagi flyers, bila mereka nak jumpa, you buat temujanji dan panggil saya, biar saya yang tolong cakapkan bai pihak you, amacam, mudah ke senang? Sebenarnya yang paling senang bila ajak mereka ke BOOM kita, lagi senang... speaker dah cakapkan dari produk hingga ke plan pemasaran... leader tinggal closing aje.

Menepis Penolakan Mantap 47

Penolakan :
"Bukan tak nak join, tapi modal tak cukup, saya kalau nak join saya nak ambil yang besar sebab impian saya besar"

Menepis Penolakan :
Semua orang mempunyai impian yang besar, termasuklah saya. Ramai juga orang yang merana masuk sikit keluar banyak. Gaji RM2000 sebulan, tapi belanja RM3000 sebulan, mana tak sengsara. Itu yang sampai sekarang hutang kad kredit tak pernah selesai, duit kad plastik mana nak rasa bila guna.

Menepis Penolakan Mantap 46

Penolakan :
"You dah berjaya bolehlah you cakap"

Menepis Penolakan :
You tengok ketika saya sudah berjaya, tetapi you tidak pernah lihat keadaan saya sebelum saya berjaya. Saya pun macam orang lain juga yang bermula daripada kosong, kelebihan saya cuma satu iaitu berani buat keputusan untuk bertindak tanpa perlu berfikir panjang.

Kalau saya jenis orang yang tunggu dan lihat, saya pasti saya tidak akan sampai ke tahap sekarang. Sebab itu, you pun boleh berjaya jika you berani buat keputusan untuk bertindak. Pada saya, ahli-ahli sekarang cukup-cukup beruntung jika dibandingkan dengan ahli-ahli yg awal kerana semua kemudahan dan bukti telah ada. Sistem training pun dah mantop!

Apapun pada saya, tiada istilah lambat, yang lambat ialah bila kita tidak mampu membuat keputusan untuk bertindak. Saya yakin you boleh berjaya, percayalah.

Menepis Penolakan Mantap 45

Penolakan :
"Syarikat you baru 4 tahun, boleh pergi jauh ke?

Menepis Penolakan :
Pada saya bukan soall 4 tahun ke 40 tahun? apa yg penting ialah tentang kredelibiti atau siapa yg menguruskannya. Ada juga syarikat yg 10 tahun tapi masih tidak dapat melahirkan ramai Jutawan. Betul, syarikat tu masih ada dah wujud, tapi berapa ramai yang berjaya jadi Jutawan? Orang sekarang lihat pada bukti buka cakap-cakap kosong tentang visi dan misi syarikat yang tidak jelas atau kabur.

Saya memang yakin syarikat boleh pergi jauh kerana hampir 30 Menteri turun padang termasuklah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Bukan mudah orang-orang ni nak turun padang kalau bukan produk ni PRODUK WAJIB PERLU untuk anak bangsa pandai dan tidak ketinggalan zaman di mana negara-negara maju dah lama gunakan program eLearning.

Dan pula hampir 40 Jutawan lahir dlm tempoh yang amat pendek iaitu 4 tahun dan kini syarikat dah mula intai-intai pasaran Indonesia untuk program eLearning. Jika you tak masuk dlm track ni.... Jangan menyesal dan 4 tahun akan datang you akan cakap... KALAULAH AKU MASUK DULU... MESTI AKU DAH KAYA... KALAU LAH... KALAULAH...masa tu dah tak perlu nak menyesal sebab you yang buat keputusan menjadi kalau lah.

Menepis Penolakan Mantap 44

Penolakan :
"Saya lebih minat jual produk, syarikat you kurang produk so saya kurang minat nak join"

Menepis Penolakan :
Saya akui syarikat saya tidak berapa banyak produk, tapi ramai yang suka dengan produk terbaru Score A iTeacher dan produk kesihatan kami iaitu Optiberry yang telah melahirkan banyak testimoni peningkatan yang baik. Kalau banyak produk pun tak guna juga, pada saya biar satu produk tapi orang berebut nak beli.

Kita buat bisnes, bila buat bisnes kita nak untung, pikul produk banyak-banyak pun tapi kalau orang tak nak, tak nak juga! buat senget kereta jek buat apa, tapi saya solute dan tabik springlah kat you sebab bukan senang nak jumpa orang macam you sekarang ni yang suka jual produk. Apa kata you ikut saya dan cuba produk-produk yang ada dan you cuba jual, lihat hasilnya. Ok ke Ok?

Menepis Penolakan Mantap 42

Penolakan :
"Saya tak ada kawan"

Menepis Penolakan :
Pada saya you bukan tak ada kawan, cuma dah lama you tak hubungi kawan-kawan you tu. Cuba you duduk sorang-sorang dan fikir serta tanya diri you sendiri, betuk ke you tak ada kawan?

Ok lah katakan you tak ada kawan, adik beradik ada tak? Saudara mara ada tak? Jiran ada tak? Saya pasti jawapannya ADA. Jika ada, apa you tunggu lagi, buatlah keputusan sekarang. Saya akan bantu malah you akan seronok untun hubungi semula kawan-kawan you.

Menepis Penolakan Mantap 43

Penolakan :
"Saya tak minat, bisnes ni sama saja macam syarikat MLM lain"

Menepis Penolakan :
Saya setuju kalau you kata bisnes ni dalam industri MLM yang sama, tapi saya tidak setuju kalau you kata syarikat ni sama macam syarikat MLM lain. Macam mana you kata bisnes ni sama macam syarikat MLM lain? You tak dengar habis you dah kata sama.

Bisnes ni lain daripada syarikat MLM lain, sebab nama syarikat pun dah lain, produknya pun tak sama malah tiada saingan lagi, sistem tak sama, bisnes ni guna sistem hybrid, you tahu ke sistem hybrid, sistem uni-level, sistem bainari atau sistem matahari?

You tahu ke yang dalam bisnes ni, bonus atau keuntungan di kira hari-hari dan di bayar 4 kali sebulan. Kalau you tak tahu atau tak pasti, macam mana you boleh kata sama macam syarikat MLM lain.

You kena bagi diri you peluang untuk mendengar dan cuba untuk memahami bisnes yang saya nak perkenalkan ni terlebih dahulu, kemudian baru you boleh kata samaada ianya sama atau tidak dengan syarikat MLM lain. betul ke benar?

Menepis Penolakan Mantap 41

Penolakan :
"Kawan-kawan saya semuanya golongan elit, inilah masalah saya"

Menepis Penolakan :
Baguslah tu, susah nak dapat orang yang macam kawan-kawan you tu. Golongan elit ni kebanyakkannya berebut-rebut cari peluang dan mereka ni banyak contact. Jadi jika you buat keputusan untuk join bisnes ni lagi mudahlah you sebab golongan macam kawan-kawan you ni tak ada masalah untuk sediakan modal.

Orang-orang elit lah juga terlalu sibuk bekerja malah mereka rungsing tak tahu nak selesaikan pemasalahan pembelajaran anak-anak mereka jadi ini bermakna, beruntunglah you sebab dapat bantu mereka selesaikan dengan mempromosikan program eLearning pada mereka.

Tak cuba tak tahu... tak buka mulut.. tak tahu! you nak orang lain buka mulut dahulu ke, pastu mulut you melopong tengok orang lain lebih cepat bertindak dari you?

Apa yang penting yang perlu you buat ialah, perkenalkan sahaja bisnes pada mereka, mungkin bila mereka nampak, mereka akan buat atau kalau mereka malu konon nak jaga standard mungkin mereka suruh adik beradik mereka buat ataupun mereka suruh kawan-kawan mereka yang berapa elit macam mereka untuk buat bisnes ni.

Kalau saya dapat kawan-kawan macam you, saya pasti tak akan lepas peluang ni. You tak cuba you tak tahu. Saya akan bantu you, you hanya aturkan temujanji aje dgn kawan-kawan you tu... amcam ok ke ok?

Menepis Penolakan Mantap 40

Penolakan :
"Kenapa bangsa asing kurang, terutama cina?"

Menepis Penolakan :
Betul, bangsa cina kurang dalam company ni, tapi masih ada yang berjaya cuma mereka jarang kelihatan di center ni. Mereka bergerak di luar sebab itu you tak nampak mereka.

Orang cina otak mereka otak bisnes, jadi mereka ada strategi dalam bines seperti ini. Mereka tidak akan bawa prospek atau pelanggan mereka ke center jika rasa tindakan itu boleh menjejaskan bisnes mereka sebab orang cina pada kebiasaannya mempunyai semangat bangsa yang kuat. Jika mereka lihat ramai bangsa lain, mereka akan cuba mengelak untuk ikut serta walaupun mereka tahu bisnes tu bagus. Mereka kan suka duduk atas jadi orang nombor satu.

Dalam company ni sahaja yang you boleh lihat bangsa kita terlalu menyerlah kejayaan mereka. Pada saya bila kita buat bisnes kita jangan beza-bezakan bangsa sebab semua bangsa mencari peluang yang sama macam kita. Semua orang tak kira apa bangsa sekalipun mempunyai impian dan matlamat dalam kehidupan mereka. Cara berfikir kit perlu berubah jika kita betul-betul ingin berjaya dalam kehidupan.

Jom ikut saya, kita sama-sama buat bisnes ni, saya akan tolong dan bantu you sekurang-kurangnya untuk you dapatkan modal you balik.

Menepis Penolakan Mantap 39

Penolakan :
"Bisnes ni kayakan bangsa asing, tokey dia kan Cina"

Menepis Penolakan :
Betul ke tokey dia cina, tapi apa salahnya jika bisnes ni boleh buat kita senang dan kaya? Sebelum ni pun saya berfikiran macam you juga, saya buat bisnes dengan tokey melayu sebab semangat melayu tu kuat, akhirnya saya kecundang juga sebab company lingkup. Kelemahan orang melayu ialah bila mata mereka naik juling bila tengok duit banyak, mulalah nak berebut dan bergaduh sesama sendiri. Akhirnya siapa jadi mangsa, kita juga yang jadi mangsa, kena marah, kena maki dengan orang-orang yang kita ajak buat bisnes tu, orang jarang salahkan syarikat tapi mereka salahkan siapa yang perkenalkan. aduhaiiii

Islam pun tak halang kita untuk berurus naiga dengan orang bukan Islam, Nabi dulu pun berurus niaga tidak kira bangsa dan agama, apa yang penting perniagaan itu sah dan tidak menyalahi undang-undang Negara serta undang-undang agama.

Saya sendiri seronok bila lihat terlalu ramai orang-orang Melayu yang berjaya dalam bisnes ni. Jika dalam syarikat lain, bilangan yang berjaya bercampur-campur tapi dalam perniagaan yang saya ceburi ini hampir 90% orang Melayu yg bergelar Jutawan.

Pada saya kalau bangsa asing boleh menjadikan diri kita berubah ke arah yang lebih baik apa salahnya daripada bangsa sendiri yang kebanyakkannya pentingkan perut sendiri, dengki, khianat, cemburu dan irihati melihat kejayaan bangsa sendiri. Yang penting bila kita bergaul dengan mereka, kita belajar cara mereka yang jujur dalam perniagaan, yang pandai menjaga hati pelanggan... semuanya yang baiklah kita belajar barulah anak bangsa kita akan jadi betul dan itu semua bermula dari kita yang mulakan dahulu. InsyAllah...

Menepis Penolakan Mantap 37

Penolakan :
"Saya masih belajar, macam mana saya nak fokus bisnes ni?"

Penolakan Mantap :
Sebab you masih belajarlah saya ajak you sertai bisnes ni. Betul, nak berjaya kena fokus, tapi jika kita tahu gunakan masa itu bukan satu masalah besar sebab kita yang tentukan masa kita, jangan biarkan masa yang tentukan kita, ramai orang silap kat sini.

Bisnes ni tak tuntut masa yang lama pun, sehari 1 atau 2 jam takkan tak boleh? Setiap hari pasti akan ada masa yang you akan habiskan entah kat mana-mana aje, tak melepak dengan kawan-kawan mungkin habiskan masa depan komputer dengan fb, game atau youtube. Kan lebih baik masa yang terbuang boleh buat income sambilan boleh masuk 200 atau 300 sehari. Boleh juga bantu mak bapak kat kampung, tak lah susahkan mereka nak beli top up pun suruh diaorang bank in duit, you tahu tak mak ayah kat kampung, makan tak makan? come on lah... bila lagi nak berubah...

Satu lagi saya mahu you buat persediaan awal setelah you habis belajar nanti, you pun tahu tahap pengangguran di Malaysia berada pada tahap merungsingkan. Ramai lepasan universiti masih tak dapat kerja, so bila you buat bisnes ni sekurang-kurangnya you tak risau lepas habis belajar nanti dan dalam pada buat bisnes ni you bolehlah cari kerja yang bersesuaian dengan kelulusan you.

Dalam bisnes ni ramai pelajar yang melibatkan diri dan ada di antara mereka yang sudah berjaya, bukan berjaya sikit-sikit malah ada yang dah mampu beli rumah dan berkereta mewah. Nak berjaya hanya duplikasi aje cara orang-orang yang dah berjaya dalam bisnes ni. Jomlah datang opis kami...

Menepis Penolakan Mantap 38

Penolakan :
"Saya minat, tapi suami tak bagi"

Menepis Penolakan :
Ramai suami yang macam tu, sebab mungkin mereka tak nampak atau tak tahu tentang bisnes ni. Sebab itu you kena fahamkan suami you tentang bisnes ni atau you kena terangkan kat suami you kenapa you minat nak buat bisnes ni. Antara yang boleh saya cadangkan ialah :-

- You minat sebab nak cuba bantu ringankan beban suami.
- You minat sebab nak cuba belajar bisnes dan cari duit sendiri.
- You minat sebab teringin nak pergi ke Mekah bersama mak ayah ke Mekah dengan duit sendiri.
- You minat sebab produk ni untuk meringankan beban you sendiri bagi memantau perkembangan pembelajaran anak-anak dan akan membuatkan suami gembira dengan kejayaan anak-anak sendiri.

Balik nanti you cuba pujuk suami you untuk berjumpa dengan saya esok dan biar saya terangkan kat suami you agar suami you tahu dengan siapa dia bekerja. You tahu bisnes ni rugi kalau you tak bertindak sekarang. Manalah tahu jika di izinkan Allah, terbuka hati suami you dan sama-sama jalankan bisnes ni, siapa tahu?

Jangan lemah semangat bila suami you tak bagi kerana banyak peristiwa sahabat2 suami you dimana isteri mereka buat bisnes macam ini... tak jadi apa pun malah makan suami dan anak-anak terbiar, agaknya itu yang suami you takut jadi inilah kekadang you kena yakinkan suami agar you kena buat cepat-cepat dan buktikan kejayaan pada suami agar suami dapat terima dan percaya. Segalanya dan semuanya atas keyakinan suami you pada you dan bagaimana you pegang bisnes ni beretika yang betul berlandaskan konsep yang betul.

Menepis Penolakan Mantap 36

Penolakan :
"Gaji saya RM3000, tapi komitmen banyak so modal tak ada, bukan tak nak buat bisnes ni"

Menepis Penolakan :
Tak apa, you dah tahu komitmen you banyak so sebab itulah you kena rebut peluang dan bisnes ni. Bila cakap tentang komitmen you yang banyak! saya nak tanya, sampai bila you sanggup diri you berterusan begini? setiap bulan dan setiap tahun macam tu aje... you tak pernah terfikir ke jika you sakit, isteri sakit atau anak-anak sakit, pasti akan lari budget atau kemungkinan besar ada expenses you yang tak dapat bayar. Youlah orang yang wajib kena cari back up...

Saya hanya berikan you cadangan sahaja bagaimana nak dapatkan modal. You dah akui bahawa bisnes ni bagus, so yang menjadi masalah sekarang ialah you tak ada modal untuk buat bisnes ni.

Saya selalu tanamkan dalam diri saya, TANPA KEBERANIAN IMPIAN TIDAK AKAN JADI KENYATAAN. Saya dulu pun waktu nak buat bisnes ni, saya tak cukup modal, saya tahu bisnes ni bagus kalau saya tak rebut dan cuba buat saya rasa dah kehilangan satu pelaung untuk merealisasikan impian kehidupan saya. Apa yang saya buat ialah, meminjam dengan mak dan ayah tapi Alhamdulillah sekejap aje dah balik modal sebab bisnes ni mudah sangat , kenalkan 4 orang dah balik modal pastu bantu 4 orang jadi 16 orang masa tu income dah cecah RM4000 sebulan dan bertambah seterusnya sistem duplikasi 4 perkenalkan 4 dan ianya jadi berganda dan terus berganda.

Bila lagi nak rasa senang dan selesa? Bila lagi nak tengok orang-orang yang kita sayang seronok hidup bersama-sama kita? Ada saving yang banyak utk pendidikan anak-anak, boleh pergi umrah setiap tahun, nak beli apa... beli aje bila-bila tak perlu nak tunggu gaji.... you buat bisnes ni..susah cuma setahun dua tahun ajeee, percayalah... you study bisnes ni dalam banyak buku bagi mereka yang dah berjaya. You jangan tanya pada mereka yang tak berjaya kerana mereka tak ada ilmu dan tak suka membaca...kerjanya cari salah orang ajeee sedangkan BISNES PERLU ADA MENTOR DAN ILMU.

Menepis Penolakan Mantap 35

Penolakan :
"Bisnes ni bagus, tapi saya was-was dari segi hukum agama"

Menepis Penolakan :
Saya amat hormati perasaan you, memanglah kan kita ni kalau nak makan mesti cari cop HALAL kalau tak ada tak beli pun tak apa, betulkan? Begitu juga dengan bisnes, mestilah kena cari yang halal juga.

Buat pengetahuan you, Alhamdulillah syarikat ni dah ada SIJIL KEPATUHAN SYARIAH yang telah di tandatangani oleh 2 orang Ustaz dimana ustaz ini juga memantau Bank Muamalat sekali. (Tunjukkan sijil kepatuhan syariah syarikat). You jangan risau tentang ini kerana, syarikat yang saya sertai ini adalah syarikat pertama yang mendapat Sijil Kepatuhan Syariah ini malah sejak sijil ini dikeluarkan saya nampak, orang bukan Islam ambil kesempatan untuk menaja orang Islam di Malaysia ni, maka rugi besarlah kita yang memang orang Islam tak buat bisnes ni.

Buat pengetahuan you, KPDNKK akan mewajibkan semua Syarikat Networking di Malaysia ni untuk menyediakan SIJIL KEPATUHAN SYARIAH di mana produk dan plan pemasaran tidak menindas orang bawah. Sekurang-kurangnya you ada pengetahuan am tentang sijil kepatuhan syariah ini agar you mudah buat bisnes ni. InsyAllah...