Friday, January 13, 2012

Menepis Penolakan Mantap 02

Penolakan :

“Bisnes ni bagus tapi saya susah cari orang”

Menepis Penolakan :

Betul saya tak nafikan bahawa ramai orang yang berfikiran seperti saudara, mereka ada duit tapi masalahnya mereka kata mereka susah cari orang. Sebenarnya apa yang perlu saudara buat ialah bukan cari orang tapi perkenalkan bisnes ini kepada orang. Cari dan perkenalkan adalah dua benda yang berbeza.

Sebenarnya tak susah untuk perkenalkan bisnes ini, Cuma kadang-kadang kita tidak sedar yang sebenarnya mudah sahja. Apa yang perlu saudara lakukan ialah, jumpa orang cakap – jumpa orang cakap – jumpa orang cakap.

Ramai orang sedang cari peluang cuma kita tak tahu so, cakap ajelah peluang yang kita ada, mustahil kita tidak akan jumpa orang yang sedang cari peluang. Adik beradik ada, saudara mara ada, kawan-kawan ada, jiran-jiran ada, orang yang kita tidak kenal pun ada, malah lebih ramai daripada orang yang kita kenal jadi, apa masalahnya dan susahnya nak cari orang. Yang jadi susah jika kita tidak bercakap tentang peluang yang kita ada pada orang. Itu minta maaf, saya atau sesiapa pun tak boleh nak tolong.

No comments:

Post a Comment