Friday, January 13, 2012

Menepis Penolakan Mantap 08

Penolakan :

“Bisnes ni kena jual barang ke?”

Menepis Penolakan :

Seronok sangat saya bila saudara tanya soalan ini. Macam nilah, dari raut wajah saudara, saya agak saudara memang suka bisnes tapi masalahnya saudara mungkin tak suka jual-jual barang. Betul ke?
Kalau fikir secara logik akal, mana ada bisnes yang tidak menuntut kita untuk menjual barang atau perkhidmatan, betul tak? Tapi bisnes yang saya perkenalkan pada saudara ni memang unik, jual boleh tak jual pun boleh.

Mula-mula, saudara beli guna pakai sendiri untuk anak belajar dan kemudian kongsikan cerita kepada kawan saudara tentang anak-anak saudara seronok teruja belajar cara baru yg lebih interaktif melalui program ini kepada mereka dan suruh mereka buat yang sama macam saudara buat – beli pakai sendiri dan kongsikan cerita. Ramai yang buat bisnes ni tapi tak Nampak punmereka jual barang tapi dapat duit banyak dan ramai pun dan bergelar Jutawan.

Kalau saudara tak percaya, ikut saya pergi pejabat dan lihat sendiri, betul ke tidak apa yang saya cakapkan. Ramai yang tak faham tentang bisnes ni sebab itu mereka tak nampak kehebatan dan keistimewaannya.

Kalau nak jual pun tak menjadi kesalahan.

No comments:

Post a Comment