Penolakan :
"Saya minat, tapi syarikat ni bukan orang melayu punya"
Menepis Penolakan :
Memang betul, saya pun fikir macam tu juga tapi saya rasa melayu ke bukan melayu ke, bukan masalah kalau ada peluang bisnes yang baik unuk dapat duit banyak apa salahnya, yang penting kita tak tipu orang.
Kalau syarikat melayu pun kalau asyik buka tutup - buka tutup macam mana kita nak maju, bukan saya tak sokong syarikat melayu, sebelum ini pun banyak juga saya sertai bisnes yang tuan punya syarikat orang melayu tapi akhirnya tutup bila dah tutup impian saya pun turut berkubur.
Satu lagi saya rasa tak salah kita berurus niaga dengan orang bukan Islam sebab nabi besar junjungan kita pun berurus niaga dengan orang bukan Islam, jadi kat mana masalahnya ?
Yang mana satu lagi penting, berurus niaga dengan orang bukan Islam atau bermajikan orang bukan Islam? Ramai dikalangan orang Melayu kita bermajikan orang bukan Islam apa! Jadi pada saya, lagi bagus berurusniaga dari jadi kuli batak mereka. betul ke betul sangat?
Kalau nak fikir-fikir dan terlalu berkira sangat! orang melayu ni susah nak hidup sebab ramai yang berniaga orangnya bukan Melayu. Nak barang murah pergi supermarket, supermarket tu siapa punya? nak beli baju pergi komplek beli belah, nak makan ayam pergi KFC, milik siapa ? ramai darinya bukan milik orang Melayu.
You fikirlah baik-baik, ramai orang-orang yang cerdik pandai agama pun join bisnes ni, kita buat benda betul dan satu lagi, saya sama warna kulit, sama bangsa dan sama agama dengan you, marilah kita sama-sama bangunkan bangsa kita dan saya nampak bisnes ni salah satu cara untuk kita mencapai impian kita.
No comments:
Post a Comment