Thursday, January 12, 2012

TEKNIK DAN SKILL

Jika anda sudah memilih dan membuat keputusan untuk menjalankan bisnes MLM, anda mesti sentiasa bersiap sedia untuk memperlengkapkan serta mempertingkatkan ilmu pengetahuan dalam bisnes yang kita jalankan. Kita jangan sesekali mengalah atau tewas sebelum berjuang. Kita akan jumpa ramai orang yang akan menolak (rejection) peluang bisnes yang kita ingin perkenalkan dengan belbagai alasan.

Ramai "networker" yang tewas bila menerima penolakan daripada prospek. Mereka bukan tidak menepis penolakan (handle rejection), tapi tepisan yang mereka buat tidak mantap. Tepisan yang mereka lakukan amat longgar. Seperkara lagi ramai "networker" yang tidak mencari punca kepada yang membawa kepada penolakan prospek.

Kita sebenarnya selalu terus pegi kepada sebab utama (main cause) bila menepis penolakan (handle rejection). Sebenarnya kita perlu cari "sub-cause" dulu sebelum membuat sebarang tepisan penolakan. Sebagai contoh:

"Saya fobia dengan bisnes MLM". Ini adalah sebab utama (main-cause) tapi apa "sub-cause" yang membuatkan dia fobia? Kadang-kadang sebab utama tetapi "sub-cause" berbeza di antara satu prospek dengan satu prospek yang lain.

Ada yang fobia kerana pengalaman pahit mereka buat dulu seperti kena tipu, upline tak ajar dan sebagainya. Ada pula yang fobia kerana disebabkan dah terlalu banyak dengar cerita-cerita negatif tentang bisnes MLM sedangkan dia sendiri belum pernah melibatkan diri dalam bisnes MLM, sebab itu mengetahui "sub-cause" adalah amat penting dan mustahak bila kita hendak menepis penolakan (handle rejection) dengan mantap.

Satu lagi kita kena ada sifat keberanian dalam mengeluarkan fakta-fakta bila kita melakukan tepisan penolakan. Ingat! bisnes yang kita perkenalkan adalah bagus, jadi kenapa perlu takut untuk mengeluarkan hujah atau pendapat bila membuat tepisan penolakan (handle rejection). Anda jangan takut, sebab anda dilahirkan bukan untuk tewas, tetapi untun MENANG!.

Mereka yang mampu dan boleh "Mengatasi Penolakan Mantap" (Handling Rejection) daripada prospek adalah mereka yang mampu melakukan penajaan (sponsoring) dengan lebih berkesan. Ada 2 perkara yang perlu anda pastikan dalam "Mengatasi Penolakan Mantap" iaitu :-

1. Sebab Utama (Main Cause)
2. Disebabkan Oleh (Sub-Cause)

Contoh :-



Atau :




PROSPEK A - Mahallah - Sebab tak ada duit


PROSPEK B - Mahallah - Sebab bandingkan dengan syarikat lain.


Bila anda telah mengetahui sebab utama (Main Cause) disebabkan oelh (Sub-Cause), maka MUDAH bagi anda untuk MENGATASI PENOLAKAN (Handling Rejection) daripada PROSPEK.


Ingat! segala sebab utama pasti ada penyebabnya, oleh yang demikian anda hendaklah mengetahui penyebab (Sub-cause) kepada sebab utama, sekiranya anda gagal, maka sukar bagi anda untuk melakukan penajaan denga baik dan berkesan.

No comments:

Post a Comment